Kawal banjir: Kerajaan cadang bina satu lagi empangan

KUCHING – Bagi mengawal aliran Sungai Sarawak yang melimpah deras setiap kali hujan lebat pada musim monsun,  kerajaan bercadang untuk membina sebuah lagi empangan air di kawasan Batu Kitang dekat sini.

Setiap kali hujan lebat turun, air dari hulu  Sungai Sarawak melimpah sehingga meneneggelami sebahagian kawasan perumahan di bandar raya 700,000 jiwa ini.

Pada masa ini hanya sebuah empangan beroperasi mengawal aliran sungai Sarawak sebelum bertembung dengan aliran air laut di Baraj Kuching.

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Dato Sri Wan Junaidi Tunku Jaafar langkah itu penting “bagi mengawal aliran sungai Sarawak yang deras setiap kali hujan lebat turun.”

Beliau telah mengarahkan Jabatan saliran dan Pengairan (DID) untuk mengkaji pelan pembinaannya.

Wan Junaidi berkata, empangan itu mungkin dibina jauh dari penempatan penduduk bagi mengurangkan kesan akibat kenaikan paras air sungai setiap kali hujan lebat turun. – SarawakVoice.com