An3C3XcJ52H89ZQMhbghnHQ-Anw7Jndz0QiGxPZCkfcy

KUCHING: Keadaan banjir yang melanda Daerah Kuching dan Bau dijangka semakin buruk hari ini apabia air pasang besar Sungai Sarawak diramalkan mencecah 6.7 meter, sekitar jam 5 petang ini.

Menurut Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri, Datu Misnu Taha, kadar ini agak berbahaya memandangkan pada paras normal, air sungai berkenaan berada pada paras 2.7 meter.

AnsJWKfmonF8CZ3haHyPYjR8qU32p2ZmZGDnQ_K_TrZX” Oleh yang demikian, kita terpaksa membuka pintu baraj pada tahap penuh sepanjang masa bagi memastikan kuantiti air Sungai Sarawak dikurangkan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pengurusan dan Bantuan Bencana Negeri di Pusat Gerakan Operasi Negeri di sini.

Jelasnya, keadaan banjir bertambah buruk hari ini berikutan hujan tanpa henti sejak semalam.

” Setakat jam 10.30 pagi tadi, sebanyak 20 pusat pemindahan dibuka, berbanding lima semalam.

” Daripada jumlah ini 16 pusat pemindahan terletak di Kuching manakala selebihnya di Bau.

” Pada masa yang sama, sebanyak 2685 mangsa daripada 651 keluarga telah dipindahkan.

” Jumlah ini agak mendadak berbanding 617 mangsa dan 134 keluarga semalam,” katanya lagi.

Misnu menambah, berdasarkan laporan Jabatan Meterologi, Kuching akan terus berhadapan dengan situasi banjir ini jika hujan luar biasa ini terus turun tanpa henti.

Sementara itu, sumber Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia dpetik berkata, sekitar jam 10 pagi tadi paras di Sungai Sarawak Kanan di Buan Bidi berada pada tahap 18.06 meter. Tahap bahaya adalah 17.80 meter.

Paras air di Sungai Sarawak Kanan di Batu Kitang pula mencatatkan 5.46 meter (tahap bahaya 5 meter), Sungai Sarawak Kiri di Kampung Git 13.61 meter ( tahap bahaya 13.10 meter) dan Sungai Sarawak Kanan di Jambatan Bau 13.83 meter ( 12.86 meter).

Selain itu, paras air di Sungai Balingian di Nanga Lemai B, Mukah pula mencatatkan 3.86 meter, melepasi paras bahaya 3.80 meter. – SarawakVoice.com

AvX4Ittzxfwnwd50pkyzV_3VrMfoffsxJPMLfD5FKgXq