AtdjHSWqAI9N74kHP7Ap_DuES3wHmAGoWJakmUH4QMXo

MIRI: Seorang individu ditemui rentung apabila sebuah kereta Proton Saga terbalik di Jalan Pujut Hospital, dekat sini, pagi tadi.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri, Farhan Sufyan Borhan, mangsa yang belum dikenali dipercayai gagal mengawal sebelum terbalik dan terbakar.

” Balai Bomba dan Penyelamat Lopeng menerima panggilan kecemasan sekitar jam 11.46 pagi dan sebuah jentera dengan lapan anggota dikejarkan ke lokasi dan tiba tiga minit kemudian.

” Api berjaya dikawal sekitar tiga minit kemudian menggunakan dua salur dari tangki jentera,” katanya.

Hasil pemeriksaan lanjut mendapati terdapat satu mangsa rentung dan berjaya dikeluarkan sekitar jam 12.14.

Hasil semakan rekod mendapati pemilik kenderaan ialah Voon Jin Jang dari Jalan Riam Miri.

Bagaimanapun, identiti individu rentung tersebut masih belum dikenal pasti. – SarawakVoice.com

AouCgAGrkDd6QeH4T0alGEq1TxOJJJgdc8tblerC-idp

ApOuBTcKHHc3TUnJpfLwivEFZ4sItVnBO6YG4PiYNUtP

AqmwCWiHNEhkJQw9eY7q08DkW6Slvz0OlQzXS0i878lF