KUCHING: Sehingga jam 9 pagi ini, jumlah mangsa banjir di Pusat Pemindahan Mangsa Banjir Dewan Serbaguna Taman Malihah susut kepada 469 orang dan 102 keluarga.

Jumlah ini termasuk 23 bayi dan tiga orang kelainan upaya.

Tinjauan ke pusat pemindahan mendapati kebanyakan mangsa mula pulang ke kediaman masing-masing awal pagi tadi setelah banjir mula surut.

Paras sungai surut_04 Paras sungai surut_05

Menurut Penolong Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, Farhan Sufyan Burhan, sejak jam 8.30 pagi tadi, pintu baraj yang mengawal kemasukan air laut ke Sungai Sarawak telah dibuka sepenuhnya.

” Ini dijangka membantu menurunkan paras air ke paras normal biarpun hujan masih turun tanpa henti,” katanya.

Kata Farhan, pasukan penyelamat yang terdiri daripada pelbagai agensi seperti Bomba, Jabatan Pertahanan Awam (JPAM), RELA dan tentera telah bersedia di pelbagai lokasi strategik, untuk digerakkan jika air terus naik. – SarawakVoice.com

Paras sungai surut_01 Paras sungai surut_02