Banjir: Gua Angin dan Gua Pari ditutup hari ini

Bau: Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) menutup kawasan hutan simpan Gua Angin dan Gua Pari di sini, dari sebarang aktiviti bermula hari ini.

Penutupan sementara dua gua itu berikutan kawasan sekeliling yang dinaiki air kerana hujan lebat berterusan sejak semalam.

Dalam kenyataannya di sini, SFC berkata, hujan lebat turut menyebabkan jalan ke dua gua itu dinaiki air dan tidak dapat dilalui.

Limpahan air dari sungai berhampiran menyebabkan dalam Gua Angin banjir.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Pejabat Tempahan Taman Negara di talian 082-248088 atau laman sesawang www.ebooking.com.my.

Gua Angin dan Gua Pari akan dibuka kepada pengunjung sebaik keadaan pulih seperti biasa. Orang ramai akan dimaklumkan mengenai perkembangan dari semasa ke semasa. – SarawakVoice.com