Syahrul: Bukan serah tapi pinjam

KUCHING: “Bukan serah, tapi pinjam!” itu penjelasan Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), Datuk Ismail Mohd Noor berhubung status sebenar bekas perancang Harimau Muda, Syahrul Azwari Ibrahim yang akan menyarung jersi Sarawak musim ini.

Syahrul Bukan  serah tapi pinjam_01Menurutnya, keputusan itu diputuskan dalam pertemuan empat mata, di antara KAFA dan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) baru-baru ini.

” Syahrul dibenarkan menyarung jersi Bujang Senang, tetapi ada beberapa syarat perlu dipatuhi.

” Dan kita sedang meneliti butiran akhir yang perlu dipersetujui kedua-dua pihak sebelum proses (penghijrahan Syahrul) berlangsung,” katanya.

Kontrak Syahrul bersama skuad pimpinan Datuk K. Rajagobal sebelum ini dibatalkan oleh Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kerana didakwa melanggar peraturan Artikel 25 Peraturan Status Pemain.

Dia dikehendaki kembali ke pasukan asal, yakni Kelantan selama semusim selepas skuad kebangsaan, Harimau Muda dibubarkan, sebelum boleh menandatangani kontrak dengan pasukan lain.

Bagaimanapun, Syahrul bertindak terbang ke Kuching dan menjalani ujian bersama skuad Ngap Sayot itu selepas kepulangannya tidak mendapat reaksi positif Pamoga Qu Puteh The Red Warrior itu.

Presiden FAS, Datu Sudarsono Osman semalam mengakui Syahrul akan kembali ke dalam pasukan utama Sarawak, bahkan namanya turut diumumkan sewaktu majlis memperkenalkan pemainn Sarawak semalam.

” Kita optimis kerana perbincangan berlangsung dalam suasana mesra serta tertumpu kepada masa depan pemain teebabit,” katanya.

Sementara itu, Rajagobal yang ditemui malam tadi berkata, Sarawak pada musim baharu ini akan tampil sebagai pasukan baharu, lebih muda dan bertenaga.

” Kita memiliki rangkaian pemain muda yang komited dan memiliki persefahaman yang baik.

” Malah prestasi pramusim mereka juga memberangsangkan,” katanya.

Beliau mengulas beberapa perlawanan pramusim di Semenanjung dan Vietnam bagi menguji keserasian para pemain Sarawak sebelum ini.

Biarpun hilang beberapa pemain utama pada musim lalu, Rajagobal yakin, pasukan baharu dengan perjuangan baharu ini akan menjanjikan “sesuatu” pada musim ini.

Sarawak akan menyertai sepak mula Liga Super pada Sabtu depan, dengan menguji skuad PDRM di Stadium Hang Jebat, Melaka. – SarawakVoice.com

Syahrul Bukan  serah tapi pinjam_02