KUCHING: Bekas pemain Harimau Muda, Syahrul Azwari Ibrahim sah akan menyarung jersi Sarawak musim ini, selepas kontroversi dengan pasukan asalnya, Kelantan berjaya diselesaikan.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS), Datu Sudarsono Osman berkata, Syahrul akan kembali menyertai kem Sarawak sedikit masa lagi.

Syahrul Azwari milik Sarawak_02

Sebelum ini kontrak dua tahun Syahrul bersama skuad Bujang Senang dibatalkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melalui Jawatankuasa Status Pemain kerana dikatakan melanggar peraturan mengikut Artikel 25 Peraturan Status Pemain, susulan bantahan pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warrior itu.

Sudarsono menjelaskan, tindakan itu amat wajar memandangkan pemain muda seperti Syahrul perlu diberi ruang untuk mengembangkan bakatnya, seterusnya menyumbang kepada pembangunan sukan negara.

“Ciri-ciri yang ada pada Syahrul amat diperlukan oleh Sarawak walaupun masih muda.

“Saya percaya beliau mampu memberi sumbangan yang besar dan akan bermain cemerlang jika diberi peluang untuk beraksi lebih kerap,” katanya yang ditemui pada Majlis Pelancaran Jersi Baharu Sarawak serta Memperkenalkan Skuad Bujang Senang di Pusat Beli-Belah City One Mall di sini petang tadi.

Sarawak menampilkan tiga jersi baharu iaitu berwarna merah garang ketika bermain sebagai tuan rumah, hitam (bermain di tempat lawan) dan kuning (jersi ketiga).

Ketiga-tiga jersi itu menggunakan warna negeri Sarawak sebagai warna asas tetapi mempunyai sentuhan rekaan moden.

Mengenai pemilihan “The New Battle” sebagai tema pengenalan pasukan Sarawak pada kali ini, Sudarsono berkata, ia amat sesuai dengan penampilan Bujang Senang yang menggabungkan pemain-pemain baharu, lama dan pelapis bagi menghadapi saingan Liga Super musim ini.

Menurutnya lagi, ” The New Battle” bermaksud bersedia menghadapi ” Perjuangan Yang Baharu” dan ia turut menyaksikan Sarawak dikendalikan oleh ketua jurulatih baharu, iaitu Datuk K Rajagobal serta empat awang import baharu.

Pemain import ini termasuklah bekas bekas pemain Selangor kelahiran Brazil, Junior Aparecido Guimaro de Souza dan bekas pemain Kelantan, Makeche Ndumba.

Sarawak turut memancing bekas penyerang Felda Uniter, Gilmar Jose Da Silva Filho dan pemain asal Itali, Davide Grassi yang pernah beraksi untuk kelab Rapid Bucuresti.

Syahrul Azwari milik Sarawak_03

Senarai penuh pemain Sarawak

Florian Rison Laes
Ronny Harun (Kapten)
Mohd Ridhuan Maon
Davide Grassi
K. Thanaraj
Akmal Md Noor
Makache Ndumba
Ashri Chuchu
Ramesh Lai
Dzulazlan Ibrahim
Gurusamy Govindar
Shahrol Saperi
Hairol Mokhtar
Junior De Souza
Shreen Tambi
Mohd Iqbal Suhaimi
Mazwandi Zekeria
Daglish Papin
Zulfadli Awang Marajeh
Alif Hassan
Shahril Ashaari
Gilmar Jose Da Silva
Nur Syahmi Izuan
Tommy Mawat
Rooney Kelvin

Beliau sebelum itu hadir pada majlis memperkenalkan jersi baharu dan pemain Sarawak di sebuah pusat membeli-belah di Kuching. – SarawakVoice.com

Syahrul Azwari milik Sarawak_01