BN yakin menang 70 kerusi

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

SANTUBONG: Barisan Nasional (BN) yakin akan memenangi sekurang-kurang 70 daripada 82 kerusi yang bakal dipertandingkan dalam pilihan raya negeri akan datang.

Menurut Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg, daripada jumlah tersebut, 40 kerusi akan disumbangkan sepenuhnya oleh PBB.

” Ini berdasarkan maklum balas akar umbi yang kita terima dan ia digabungkan dengan beberapa maklumat yang kita peroleh daripada pelbagai pihak” katanya selepas merasmikan Seminar Jentera Pilihan Raya Negeri Ke-11 N4 Pantai Damai di sebuah hotel terkemuka di sini petang tadi.

Turut hadir ialah Ketua Cawangan PBB Pantai Damai, Dr Abdul Rahman Junaidi.

BN yakin menang 70 kerusi_00

Abang Johari berkata, pada masa yang sama, BN Sarawak turut yakin akan merampas beberapa kerusi Cina yang sebelum ini didominasi oleh Parti Tindakan Demokratik (DAP).

” Hayunan undi ini disebabkan pengaruh Tok Nan (Tan Sri Adenan Satem) yang amat disenangi oleh masyarakat Cina, terutama yang 50 inisiatif yang telah diusahakannya, serta tuntutan autonomi dari Kerajaan Pusat.

” Dengan pendekatan yang mesra rakyat dan dasar-dasar yang mesra rakyat, kita dapati rakyat negeri ini amat menyenanginya,” katanya lagi.

Pada masa yang sama, katanya, formula Tok Nan dalam menyelesaikan kemelut di antara Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) dan Parti Rakyat Sarawak (UPP) turut mendorong kepada bayangan itu.

Mengulas tentang beberapa kawasan yang dikatakan “kelabu”, Abang Johari mengakui ada beberapa kawasan yang berhadapan dengan masalah tersebut di kawasan dominasi PBB.

” Bagaimanapun kita yakin apabila tiba pilihan raya kelak, kawasan ini akan kembali menjadi kelabu putih atau putih seluruhnya,” katanya. – SarawakVoice.com

BN yakin menang 70 kerusi_02

Terbaru