SANTUBONG: Sarawak bakal menjadi tumpuan ramai peminat burung berikutan kehadiran lebih 35 ribu burung hijrah yang berasal dari wilayah sejuk di Siberia, melalui kawasan itu menuju ke Selatan.

Antara lokasi persinggahan burung-burung tersebut termasuklah di kawasan pinggie laut Buntal, Santubong hinggalah ke Batang Sadong.

burung dari Siberia hijrah_05

burung dari Siberia hijrah_02

Sebelum itu, kawanan burung ini melalui perjalanan beratus-ratus ribu kilometer merentasi pelbagai wilayah termasuk di Jepun dan China.

Menurut Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, atas faktor itulah, pantai Espland Buntal dipilih untuk dibangunkan satu-satunya ” Flyway Site Monument” di negara ini.

” Pemilihan Buntal adalah keputusan kabinet dan secara kebetulan ia berada dalam kawasan Parlimen saya (Santubong) dan Dr Abdul Rahman Junaidi (ADUN Pantai Damai),” katanya.

burung dari Siberia hijrah_04

Menurutnya, pemilihan Buntal ini amat penting kerana ia akan meletakkan nama kampung ini di peta dunia, sekali gus menjadi tumpuan kepada peminat burung seluruh dunia.

” Secara tidak langsung, ia membolehkan kita mempromosi ekopelancongan manakala pelbagai produk kampung yang lain boleh dibangunkan,” jelasnya.

burung dari Siberia hijrah_03

Tegasnya, berikutan kehadiran kawanan burung ini, penting untuk penduduk kawasan ini menghormatinya dengan tidak menembak atau membunuh burung ini.

Beliau ditemui pada majlis perasmian Buntal Flyway di sini pagi tadi. Turut hadir Dr Abdul Rahman dan Pengarah Jabatan Hutan Sarawak, Haji Sepuan Ahmad. – SarawakVoice.com

burung dari Siberia hijrah_01