Isteri dibelasah sehingga mati

SIBU: Seorang anggota pasukan keselamatan ditahan kerana disyaki membelasah isterinya hingga mati dalam kejadian di rumah mereka di Jalan Oya, semalam.

Kejadian dipercayai berlaku antara jam 1 hingga 2.45 pagi. Sumber berkata, seorang suri rumah berusia 22 tahun ditemui mati dengan kesan cedera dan lebam di seluruh badan.

Katanya, wanita itu dihantar ke Hospital Sibu dan pemeriksaan doktor pada badan mangsa mendapati ada kesan kecederaan parah di kepala, dada, belakang badan, lengan kanan, jari dan kaki.

Mayat dihantar ke rumah mayat Hospital Sibu untuk bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu Asisten Komisioner Mohd Kamal Kordi yang mengesahkan kejadian berkata, suspek sudah ditahan dan akan direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. – SarawakVoice.com