Pembuli jalan di Kuching dicekup

KUCHING: Polis Kuching berjaya menahan dan mendapatkan perintah reman terhadap seorang lelaki yang dipercayai “membuli” pengguna jalan raya, dengan mendakwa dia dilanggar oleh mereka.

Saspek yang berusia 44 tahun dari Kampung Sarig Simpok, Padawan dipercayai sering melakukan penipuan tersebut hingga mencetuskan kegusaran terhadap pengguna jalan raya dari Kuching hingga Siburan.

Malah, tindakan itu juga menjadi viral di laman sosial, berikutan tindakannya untuk mendapatkan wang mudah.

Terbaharu, kes ini melibatkan seorang wanita berusia 24 tahun yang didakwa mendatangkan kecederaan kepada saspek, hingga kononnya dia cedera di lengan kanan.

Saspek kemudian meminta wanita berkenaan membayar RM400 bagi membaiki motosikalnya yang rosak.

Wanita yang sedar dirinya ditipu kemudian membuat laporan polis.

Sementara itu beberapa pengguna laman sosial turut berkongsi kisah tentang gelagat lelaki ini, yang dikatakan hingga mengugut untuk menghentak kepala mangsa dengan helmet.

ApY8e2LnfZ7oiQyKRX3b2f24ojGJqI_qI3rZOVqdizFG

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuching, Superintendan Ernest John yang dihubungi Sarawak Voice mengesahkan penahanan ini, dan menasihatkan orang ramai agar menghubungi polis atau memandu terus ke balai polis berdekatan jika berlaku ugutan dan dakwaan kemalangan seperti ini.

” Jika saspek berdegil, dapatkan maklumat kenderaan terlibat dan cam muka saspek bagi memudahkan urusan laporan polis,” katanya.

Sehingga berita ini ditulis, saspek masih ditahan reman bagi membantu siasatan. – SarawakVoice.com

ApbHLD-vS_id_7l8i4xxMFXnMVwpeoAyWSu0euIVBL0b Aql0tmeo-Bc8ACPQTrIP35hFzu9NUZRllJI8BUtbvY3h AuRUHhod16EUS1lV8VTZkCcjyR4zAerpUDcLr33_LnBw At7SXmfKLp7vrA1Xy5qvVIBhSAWupDlseodrEMtwnHaQ