SRI AMAN: Empat kuarters kerajaan milik Jabatan Kerja Raya gagal diselamatkan apabila musnah dalam satu kebakaran, berdekatan pasar Pantu, Jalan Pasar, dekat sini, petang tadi.

Dalam kejadian pada jam sekitar 2 petang itu, 13 penghuninya termasuk lima kanak-kanak berjaya menyelamatkan diri.

Menurut Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Sri Aman, Mohd Raffy Saibi, pihaknya menerima panggilan kecemasan sekitar 2.21 petang.

” Sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian.

” Bagaimanapun jarak yang jauh, iaitu sekitar 64 km menyebabkan kita sampai 51 minit kemudian.

Menurutnya, ketika jentera sampai, kesemua empat kuarters kayu tersebut telah musnah sepenuhnya.

” Kita kemudian menjalankan kerja-kerja penyejukan sambil membantu mangsa merekodkan maklumat dan kerja-kerja dokumentasi,” katanya ketika dihubungi Sarawak Voice.com.

Punca kejadian masih dalam siasatan. – SarawakVoice.com

JKR hangus_0001

JKR hangus_0002