Bintangor: Kesan tayar lori dipercayai milik pembalak haram ditemui penguatkuasa Sarawak Forestry Corporation (SFC) Sibu dalam pemeriksaan di satu kawasan hutan di Sungai Pasi, Jalan Skim B di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, dalam pemeriksaan itu menemui 52 balak pelbagai spesis dipercayai diperoleh secara haram.

Jurucakap SFC berkata, balak yang ditemui itu pelbagai spesis dan saiz diaggarkan sebanyak 13 cubic meter.

Katanya, balak itu dipercayai diperoleh secara haram berikutan ketiadaan sebarang tanda rasmi pada balak.

“Selain itu, kawasan itu tidak termasuk dalam kawasan pembalakan berlesen.

“Pembalak haram dipercayai sempat melarikan diri bersama jentera yang digunakan untuk aktiviti itu berdasarkan penemuan kesan tayar pada tanah,” katanya.

Laporan polis dibuat di Balai Polis Bintangor dan kes diserahkan kepada Jabatan Perhutanan Bahagian Sibu untuk siasatan lanjut.  – SarawakVoice.com

balak haram pelbagai spesis ditemui_0001