Mayat bertatu ikan ditemui

Miri: Mayat seorang lelaki ditemui di tepi longkang berhampiran Permai Teknologi Park di sini, kelmarin.

Mayat lelaki tanpa identiti dengan tatu ikan di tangan kiri ditemui orang awam terbaring di tepi longkang kira-kira jam 3.30 petang.

Menurut sumber, lelaki terbabit ditemui lengkap berpakaian dan tiada sebarang kecederaan pada badannya.

“Orang awam kemudiannya menghubungi pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya. Mayat lelaki terbabit dihantar ke Hospital Miri untuk bedah siasat.
“Siasatan awal mendapati tiada sebarang unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

“Orang awam yang kehilangan ahli keluarga boleh membuat pengecaman mayat di Hospital Miri,” katanya. – SarawakVoice.com