KUCHING: Kerusi DUN Machan dijangka “panas” apabila Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengesahkan bekas calonnya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu, George Chen Nguk Fa kembali sebagai calon parti itu pada PRN akan datang.

George Chen cabar Allan_0000Pengarah PRN PKR Sarawak, See Chee How berkata, pemilihan Chen telah dilakukan secara teliti, berdasarkan kemampuannya memberikan khidmat cemerlang kepada rakyat.

Chen, 53, lulusan Pengurusan dan Perdagangan daripada Lincoln University dan pemegang sarjana Curtin University, merupakan pensyarah di Open University dan program berkembar UCSI.

Menurutnya, Chen telah berkhidmat di Machan sejak dua tahun lalu dan telah bersiap sedia dalam menghadapi cabaran PRN.

“ Kita yakin Chen disokong pengundi dan merupakan calon boleh menang untuk PKR di Machan,” katanya.

Sebelum ini, seorang lagi aktivis PKR dari Ulu Machan, Semawi Paong, 38 tahun, turut menawarkan diri untuk mewakili parti itu.

Bagaimanapun, atas komitmen tugasnya, Semawi yang bertugas di Miri bersetuju untuk dipertimbangkan sebagai calon berpotensi pada pilihan raya umum kelak khususnya untuk kawasan Parlimen Kanowit. – SarawakVoice.com

George Chen cabar Allan_0002