KUCHING: Seramai 14 orang termasuk 5 kanak-kanak daripada tiga keluarga selamat apabila rumah mereka musnah dijilat api dalam kebakaran di Kampung Tabuan Melayu, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian sekitar jam 11 pagi itu, kesemua penghuni berada di rumah dan sempat menyelamatkan diri.

rumah dijilat api %0Ddi Tabuan Melayu_0002

 

 

 

 

Menurut Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Kuching, Tiong Ling Hii, Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Tabuan mengaktifkan respon bantuan sekitar 11.15 pagi selepas melihat asap tebal di lokasi, yang terletak kira-kira 1.5 kilometer dari balai tersebut.

” Hasil tindakan pantas itu, kami berjaya menyelamatkan empat rumah jiran, dengan kaedah ‘ fire break’ berikutan jarak di antara rumah yang terlalu hampir, yakni 3 hingga 5 kaki,” katanya.

Bagaimanapun menurutnya, pihak bomba menghadapi kesukaran untuk kerja-kerja pemadaman berikutan jarak pili bomba terdekat adalah sejauh 800 kaki atau lapan gulung hos.

” Kita terpaksa menggunakan kaedah ‘relay pumping’ selain mendapatkan air jentera prime mover bagi membolehkan sumber air berterusan untuk kerja pemadaman.

rumah dijilat api %0Ddi Tabuan Melayu_0003Kata Tiong, tiga buah rumah terjejas dalam kebakaran ini dengan dua daripadanya musnah teruk.

” Turut terbakar ialah sebuah kereta jenama Perodua Kenari,” katanya.

Kerja-kerja pemadaman pula katanya, melibatkan dua jentera dari BBP Tabuan dan Batu Lintang serta sebuah prime mover dan sebuah EMRS dengan kekuatan 23 anggota.

Kebakaran berjaya dikawal sekitar 11. 46 pagi. – SarawakVoice.com