MIRI : Sekurang-kurangnya lapan kenderaan mewah musnah dalam satu kebakaran melibatkan sebuah rumah kayu yang dijadikan pusat jualan kenderaan terpakai.

Dalam kejadian lewat petang semalam di Jalan Jee Foh 2, dekat sini, api marak dengan cepat berikutan struktur bangunan berasaskan kayu dan cuaca kering yang melanda Miri.

Menurut Penolong Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan, pihaknya menerima maklumat mengenai kebakaran itu pada jam 6.44 petang.”

12666449_1108222262545110_2092400838_n 12659662_1108222305878439_1308382856_n

” Sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Miri dengan kekuatan enam anggota dikejarkan ke lokasi dan tiba 9 minit kemudian.

” Kami turut menggerakkan sebuah jentera dari BPP Lopeng dengan kekuatan 9 anggota sebagai bantuan tambahan,” katanya ketika dihubungi Sarawak Voice.

Kata Farhan, setibanya di lokasi premis tersebut telah terbakar sekitar 85 peratus dan pasukan bomba menjalankan gerakan pemadaman pantas bagi mengelakkan api dari terus merebak.

” Pada masa yang sama, kami berusaha menyelamatkan sebanyak mungkin kenderaan yang dipamerkan.

” Api berjaya dikawal sekitar 7.30 malam dan hasil siasatan kita mendapati, tiada mangsa yang terlibat.

Kebakaran katanya, dipercayai bermula di bahagian tengah premis dua tingkat itu.

” Kerugian bagaimanapun masih lagi ditaksir,” katanya.

12650720_1108222249211778_1794733985_n