Yayasan Sarawak bantu pelajar terjejas biasiswa JPA

Kuching: Ekoran penggantungan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang diumumkan baru-baru ini, Kerajaan Negeri Sarawak telah mengambil langkah proaktif untuk membantu para pelajar yang terjejas.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Ketua Menteri Sarawak hari ini, Tan Sri Adenan Satem berkata, beliau telah mengarahkan Yayasan Sarawak mencari kaedah yang terbaik bagi membantu para pelajar ini.

” Untuk itu, para pelajar yang terbabit boleh menghantar maklumat peribadi dan maklumat pengajian mereka kepada kerajaan negeri bagi urusan selanjutnya,” katanya.

Pada masa yang sama, Ketua Menteri turut mengalu-alukan kenyataan Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Richard Malanjum berkaitan isu-isu dan kes yang berkaitan pemerdagangan hidupan liar dan kemerosotan alam sekitar.

” Ia satu idea yang bernas untuk memastikan hakim dan pegawai kehakiman di Sabah dan Sarawak lebih prihatin dan memahami isu berkaitan alam sekitar dan hidupan liar ini, termasuk yang berkait dengan industri pelancongan.

” Saya akan berbincang dengan Ketua Hakim bagaimana untik melaksanakan pekara ini kerana ia melibatkan implikasi undang-undang,” katanya. – Sarawak Voice