KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP) dijangka menurunkan dua calon Bumiputera di dua kawasan kerusi baharu majoriti Dayak pada Pilihanraya Negeri yang akan datang.

12607342_1102308549803148_1509122964_nMenurut sumber dalaman parti, dua calon berpotensi tersebut ialah bekas pesara kerajaan, Sanjan anak Daik, 54 untuk kerusi DUN Mambong (dahulu Bengoh) dan pembantu khas kepada Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa, 26, untuk kerusi DUN Kitang.

Sumber itu menambah, kedua-dua calon ini dipilih sebagai mewakili generasi baharu DAP yang diyakini mampu memberi sumbangan yang efektif kepada masyarakat sub urban Sarawak.

Malah Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen amat positif dengan penampilan dan ketrampilan kedua-dua calon ini.

” Mereka profesional dan memiliki latar pendidikan yang menarik. Oleh itu, sudah tiba masanya mereka diberi peluang untuk mewakili rakyat,” katanya kepada SarawakVoice.

Sanjan yang bersara sebagai pensyarah dan Ketua Jabatan Bahasa di Institut Perguruan Batu Lintang merupakan pemegang ijazah Sarjana dalam Pendidikan dengan pengkhususan TESL, atau pengajaran Bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua, dari Universiti Teknologi Mara.

Pada masa yang sama, beliau juga merupakan pemegang ijazah Undang-Undang dari Universiti London.

12570863_1102306033136733_1996018595_n

” Saya menyertai DAP kerana mereka tanpa jemu memperjuangkan keadilan dan kesaksamaan,” – Sanjan anak Daik

Sanjan sebagai “underdog” dijangka akan bertanding melawan calon SUPP atau UPP di kerusi majoriti Bidayuh itu, dengan besar kemungkinannya ialah Datuk Dr Jerip Susil — selaku penyandang DUN Bengoh.

Seorang lagi calon muda DAP, Abdul Aziz Isa dikhabarkan akan bertanding di DUN Batu Kitang.

Aziz, lulusan Universiti Malaysia Sarawak merupakan cucu kepada Tun Abdul Rahman Yaakub dan sepupu kepada ADUN Demak Laut, Dr Hadzland Hipni.

Sebelum ini, namanya dikaitkan dengan DUN Tupong dan Satok, apatah lagi setelah beliau membuka Pusat Khidmat DAP Tupong di Matang, namun setelah Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengumumkan kedua-dua calonnya di situ, pucuk pimpinan telah mengarahkan Aziz bertukar kawasan.

12583845_1102301846470485_939441877_n

Sebagai anak muda yang naik namanya selepas menjuarai isu Baitulmal dan keberaniannya menempelak kepimpinan Melayu di Kuching, Aziz yang juga pegawai khas Chien Jen yang mampu bercakap pelbagai bahasa menjanjikan cabaran sengit.

Kerusi DUN Batu Kitang merupakan salah satu daripada 11 kerusi baharu yang dipertandingkan dalam PRN yang akan datang.