KUCHING : Timbalan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Datuk Seri Richard Riot hari ini mendedahkan rundingan parti itu dan Parti Rakyat Bersatu (UPP) berhubung calon Pilihanraya Negeri Sarawak ke-11 gagal menemui titik penamat.

Dalam sidang media selepas merasmikan Seminar Perhubungan Perusahaan di Kuching tengah hari tadi, Riot berkata, tiada kata sepakat dicapai dalam rundingan yang diusahakan oleh Pengerusi BN Sarawak, Tan Sri Adenan Satem.

UPP diwujudkan oleh Menteri Kewangan Kedua Sarawak, Datuk Seri Wong Soon Koh dengan beberapa ADUN lain selepas beliau dipecat dari SUPP.

Turut menyertai Soon Koh termasuklah Menteri Muda Kesihatan Awam yang juga ADUN Bengoh, Datuk Dr Jerip Susil.

12625885_1101732656527404_1828070640_nJelas Riot lagi, beliau telah diberi kepercayaan oleh Tan Sri Adenan untuk membantunya memilih calon-calon Dayak bagi kerusi-kerusi yang ditandingi SUPP dan UPP sebelum ini.

Antara kerusi tersebut termasuklah DUN Simanggang, Engkilili, Bukit Serembu dan Mambong.