KUCHING: Dua buah Pusat Penempatan Sementara (PPS) di buka di Bau, pagi ini bagi menempatkan kira-kira 17 orang mangsa banjir susulan hujan berterusan sejak Sabtu lalu.
Seketariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak berkata, PPS pertama dibuka di Tanjung Batu pada jam 6.40 pagi bagi menempatkan seramai 13 mangsa terdiri daripada enam Ketua Isi Rumah (KIR)
“Bagaimanapun, PPS Tanjung Batu ditukarkan ke Dewan Perdana Bomba Bau kerana tidak mencukupi dan tidak sesuai,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara, beliau berkata, sebuah lagi PPS Balai Raya Kampung Opar dibuka pada jam 7 pagi untuk menempatkan empat orang mangsa yang terdiri daripada satu KIR.