KUCHING: Selari dengan perubahan fokus kabinet baharu Ketua Menteri dan kemenangan 72 kerusi daripada 82 kerusi dipertandingkan dalam pilihan raya 7 Mei, 2.7 juta rakyat Sarawak kini menaruh harapan agar Tan Sri Adenan Satem dapat memenuhi 10 impian berikut.
- Memenuhi 15 perkara yang terkandung dalam Manifesto 2016 yang dilancarkan menjelang pilihan raya lalu.
- Mengotakan semua janji sepanjang kempen.
- Melipatgandakan peruntukan untuk pembangunan luar bandar.
- Terus selesaikan masalah berkaitan tanah, termasuk pemberian lot tanah dan NCR kepada mereka yang berhak.
- Meningkatkan pelaburan langsung asing.
- Mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di bandar atau luar bandar, bagi memastikan golongan muda tidak perlu keluar dari Sarawak untuk mencari pekerjaan.
- Meningkatkan pendapatan penduduk dan kualiti hidup mereka, termasuk berusaha sedaya upaya mengenal pasti golongan sasar yang perlu diberikan perhatian untuk mendapat bantuan kebajikan.
- Tingkatkan kemudahan pendidikan dan kualiti pendidikan, termasuk asrama dan perpustakaan sekolah serta kemudahan internet, termasuk dari segi kecepatan.
- Memperbaiki kemudahan dan keperluan warga bandar, termasuk sistem pengangkutan, membina lebih bayak rumah mampu, milik, sistem perparitan bagi menyelesaikan masalah banjir, dan membina lebih banyak taman rekreasi bagi kesejahteraan hidup.
- Berusaha untuk meringankan tekanan kos sara hidup. – Sarawakvoice.com