KUCHING: Pas Sarawak  berharap kejayaan Pandelela Rinong Pamg  menjadi mangkin untuk anak-anak Sarawak turut melakar kegemilangan di persada antarabangsa dalam arena sukan. Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Negeri Sarawak (DMPNS) Hazliza Latip dalam satu kenyataan berkata, selaku anak Sarawak yang berjaya mengharumkan nama Malaysia di persada dunia, DMPNS turut berbangga dan mengajak anak-anak Sarawak untuk turut serta menaikkan nama negara...
KUALA LUMPUR: Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menyeru penyokong perlawanan antara pasukan JDT melawan Perak pada malam ini  agar menjaga tingkah laku mereka. Tunku Ismail  mengingatkan para penyokong agar tidak terpengaruh  dengan pihak mungkin ingin menimbulkan kekecohan sepanjang perlawanan pada malam ini. “Saya tidak mahu ada berlakunya pergaduhan. Ingatlah bahawa ada pihak yang akan sentiasa mencari kesalahan kita,”...
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak merakamkan ucapan tahniah kepada pasangan terjun seirama negara, Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong atas kejayaan meraih pingat pertama negara pada temasya Sukan Olimpik di Rio, pagi tadi. “Pingat pertama negara! Bangga dengan kejayaan @Pandalela_R & Cheong Jun Hoong! Tahniah! #Rio2016 #MAS # Olympics,” kata Perdana Menteri menerusi akaun Twitter @NajibRazak pada...
Ratu terjun negara Pandelela Rinong Pamg mahu berehat seketika untuk menumpukan kepada pelajarannya yang sebelum ini tertangguh bagi memberi tumpuan kepada Sukan Olimpik Rio de Janeiro, Brazil. Menurut Pandelela, sudah masa untuknya memberi tumpuan kepada pelajaran selepas berakhirnya Sukan Olimpik. "Sebelum ini saya pernah berjanji kepada keluarga untuk tidak mengenepikan pelajaran. Jadi selepas berakhirnya Olimpik Rio, sudah masanya untuk fokus pada pelajaran...
PETALING JAYA: Awal Jumaat, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga mesra dikenali sebagai TMJ, berkenan menerima kunjungan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menghadap di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru. Sempena pertemuan itu, TMJ menyerahkan pemacu pena (pen drive) mengandungi butiran laporan dakwaan ketirisan dan salah laku Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) kepada Menteri...
Sekali lagi kekecohan tercetus di padang bola gara-gara tidak puas hati dengan keputusan perlawanan. Malam tadi, dilaporkan sekurang-kurangnya dua penyokong JDT dan seorang jurufoto akhbar tempatan cedera dipercayai terkena balingan objek keras di Stadium Perak. Jurufoto berkenaan mendawa beliau diserang penyokong JDT di tengah padang, selain dipijak di beberapa bahagian badan. Jurufoto berkenaan mengalami kecederaan di mata, perut dan kaki akibat...
KUALA LUMPUR: JDT menyifatkan kekecohan di Stadium Perak malam tadi berpunca daripada kegagalan pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA) mengawal keselamatan penyokong JDT dalam perlawanan Liga Super Malaysia. Kekecohan berlaku selepas tuan rumah, Perak kalah 0-1 kepada pasukan pelawat 'The Southern Tigers'. JDT melalui Faceboook rasmi The Southern Tigers berkata, sebaik wisel penamat ditiupkan oleh pengadil, penyokong JDT yang bersorak...
KUCHING: “Ambil iktibar daripada atlet-atlet sukan paralimpik. “Mereka telah membuktikan bahawa dengan semangat juang yang tinggi, serta komitmen yang berterusan, mereka juga boleh bersinar dalam acara sukan yang disertai,” kata Ketua Menteri, Tan Sri Adenan Satem sewaktu merasmikan Sukan Paralimpiad 2016 yang berlangsung Stadium Perpaduan di sini semalam. Teks ucapan perasmiannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Douglas Uggah Embas...
RIO DE JANAIRO: Atlet negara begitu bersemangat untuk menghasilkan lima lagi pingat buat Malaysia susulan kejayaan pasangan penerjun Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong menghadiahkan pingat pertama negara di Rio. Kejayaan mereka merangkul pingat perak dalam acara 10m platform serentak wanita menyemarakkan semangat atlet lain dalam acara terjun, badminton dan berbasikal. Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk M. Saravanan berkata, beliau...
KUCHING: Sarawak muncul juara keseluruhan Sukan Parampiliad 2016 apabila mencatat 84 pungutan pingat emas, 63 perak dan 73 gangsa sebaik temasya lima hari itu berakhir semalam. Tempat kedua dimenangi Johor yang merangkul 35 emas, 25 perak dan 15 gangsa manakala Terengganu di kedudukan ketiga setelah mengumpul 30 emas, 24 perak dan 19 gangsa. Kejayaan ini begitu bermakna bagi Sarawak kerana ia...
Ia hari yang cukup mengujakan bagi atlet Sukma Perak, Noor Eewan Shafiqa, apabila mencatatkan 24.31 saat dalam acara 200 meter wanita hari ini, sekali gus memadamkan rekod  kejohanan 24.37 saat, milik Petra Nabila Mustafa dari Negeri Sembilan yang dicatatkan dalam temasya di Sabah pada tahun 2002. Shafiqa dengan aksi mengkagumkan, meninggalkan rakan senegeri,  Shereen Samson Vallabuoy yang sekadar memungut perak...
Kejayaan kontijen Selangor mengungguli temasya Sukan Malaysia (SUKMA XVIII) semalam adalah hasil daripada persediaan komprehensif yang dilaksanakan oleh badan-badan sukan di negeri itu sejak 18 bulan lalu. Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohd Azmin Ali berkata, ia dilaksanakan menerusi perancangan yang strategik, latihan berfasa dan kerjasama yang baik dengan persatuan-persatuan sukan negeri. "Pada masa yang sama, kita juga memperguna sebaiknya kemahiran dan...
Kemasukan pemain tengah, Azwan Ali Rahman pada minit ke-58, ternyata membawa tuah kepada Brunei Darussalam malam tadi, apabila penyerang muda ini menjadi faktor kebangkitan dan kemenangan besar 4-0 skuad Tebuan terhadap Timor Leste dalam aksi sulung Piala Solidariti AFC 2016 di Stadium Sarawak, Kuching. Empat minit selepas masuk menggantikan Mohd Shafie Mohd Efenddy pada babak kedua, Azwan menggegarkan jaring Timor...
KUALA LUMPUR: Bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar meninggal dunia di Hospital KPJ Ipoh pada pagi tadi. Adik Allahyarham Raja Azizah berkata abangnya menghembuskan nafas terakhir pada kira-kira pukul 8.30 pagi ini akibat jangkitan kuman setelah dimasukkan ke unit kecemasan hospital pada petang semalam. Raja Ahmad Zainuddin, 69, juga dipercayai tidak sedarkan diri sejak dimasukkan ke...
Sukan Malaysia (SUKMA XVIII) di Sarawak membuka tirai pagi ini dengan beberapa acara mula dipertandingkan. Dijangkakan sekitar jam 10 pagi ini, acara taekwondo akan menghasilkan emas paling awal menerusi acara poomsae lelaki, perempuan selain berpasangan campuran, di Stadium Perpaduan, Petra Jaya, Kuching Turut membuka gelanggang ialah acara gimnastik berirama yang berlangsung di Stadium Tertutup MBKS, Pending. Pertandingan hari ini akan menyaksikan acara...
JOHOR BAHRU: Nama ketua jurulatih skuad bola sepak negara yang baharu akan diumumkan dalam masa yang terdekat, kata Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim. Menurutnya, satu pertemuan dengan ''individu berpotensi'' itu diadakan semalam untuk melihat kesesuaiannya melatih skuad Harimau Malaya. "Buat masa ini, saya sedang dalam perbincangan dengannya. Saya tidak hendak dedahkan (siapa)," katanya dalam sidang media...
KUCHING: Ketua Jurulatih Sarawak, David Usop menyambut baik hasrat Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memperkenalkan pengadil bantuan video (VAR) untuk kejohanan tempatan. Menurutnya, dengan teknologi yang semakin berkembang kini, bantuan alat seperti itu adalah perlu, apatah lagi ia dapat meningkatkan mutu pengadilan. "Pengadil tidak berada di semua tempat pada setiap masa. "Juga kadangkala tumpuan pembantu pengadil tidak kepada semua pemain, terutamanya berkait...
KUCHING: Serian FA berpeluang mengulangi kejayaan abangnya, Kuching FA apabila memiliki kelebihan satu gol dalam aksi pusingan pertama perlawanan Akhir Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) menentang Gua Musang FA di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan malam tadi. Penyerang Serian FA Mahadi Razak menjadi duri dalam daging Gua Musang FA apabila melepaskan ledakan deras dari luar kotak penalti pada...
KUALA LUMPUR: "I was startled to see a stranger suddenly standing in front of my house this morning, only to realise later, there was a 'Pokemon' on the roof!" Recalling the frightful moment, Lum Choi Yan, 24, said she was at first alarmed to see a man at her front door, pointing his mobile phone to the roof of her...
MIRI: Seorang anggota polis trafik cedera selepas dilanggar sebuah kenderaan ketika mengiringi urus setia pertandingan Sukan Malaysia (SUKMA XVIII) dari venue pertandingan di Stadium Tertutup Miri menuju ke hotel penginapan. Dalam kejadian sekitar jam 5 petang tadi, Lans Koperal Mohd. Nur Iman Ngarif, 24, yang dipinjamkan daripada IPD Kunak, Sabah sedang memberhentikan kenderaan dari laluan Jalan Merbau dekat sini, bagi...
KUCHING: Timbalan Ketua Menteri, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini menyeru penjaja Bazar Ramadan d negeri ini agar mengutamakan kebersihan dan kualiti makanan yang mereka jual. Menurut Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Negeri itu lagi, makanan yang disediakan dalam keadaan yang baik akan membolehkan para pengunjung berasa puas dan tidak teragak-agak untuk membeli produk-produk ini sepanjang Ramadan berlangsung. “Malah...
MASALAH gaji menjadi halangan besar mendapatkan bekas jurulatih pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT), Mario Gomez selaku pengendali skuad Harimau Malaya. Berikutan itu, Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berkata, kedudukan pengendali dari Argentina tersebut sebagai jurulatih skuad negara masih belum muktamad. "Mario minta gaji yang lebih tinggi daripada apa yang diperoleh semasa mengendalikan JDT...bagi saya, ini adalah skuad...
Dua misi utama Sarawak gagal. Pertama menjulang piala juara keseluruhan Sukan Malaysia (SUKMA) edisi ke-18 di tempat sendiri. Kedua, gagal mencapai sasaran 72 pingat emas. Ia berkecai apabila tewas tipis kepada Selangor dengan perbezaan dua pingat emas, dalam saingan penuh dramatik malam tadi. Selangor mencatat 59 emas, 73 perak dan 63 gangsa untuk menerima gelar juara malam ini daripada Timbalan Perdana...
KUCHING: Sarawak menyapu bersih pingat emas acara taekwondo hari ini, untuk meletakkannya di kedudukan teratas senarai pungutan pingat keseluruhan, dengan tiga emas dan satu perak pada hari pertama Sukan Malaysia (SUKMA XVIII). Lagu “Ibu Pertiwiku” berkumandang kali pertama pada seawal jam 11 pagi tadi apabila Augustine Rudi G dan Nurul Hidayah Abd Karim mencipta emas pertama menerusi kategori Poomsae berpasangan...
JOHOR BAHRU: Tengku Mahkota Johor (TMJ) yang juga penasihat kelab bolasepak JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim semalam menolak cadangan agar beliau mengambil alih tampuk pemerintahan dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). Menurutnya, jawatan Presiden FAM tidak sepatutnya datang daripada golongan keluarga diraja, dan juga mana-mana individu yang mempunyai pertalian dengan mana-mana persatuan bola sepak negeri atau kelab-kelab yang mengambil bahagian, termasuk...
Mengutip tiga mata dalam "perlawanan basah" pada Rabu lalu bukan jaminan untuk bersikap selesa melayan kehadiran Pulau Pinang pada malam ini, kata ketua jurulatih Sarawak, David Usop. Menurutnya, meski lawan berada pada kedudukan kedua tercorot dalam saingan liga, keupayaan pasukan itu mengikat pendahulu liga, JDT pada perlawanan sebelum ini, perlu dilihat sebagai peningkatan mendadak. "Saya percaya peningkatan itu disumbangkan oleh dua...
Atlet kebangsaan, Khairul Hafiz Jantan yang mewakili Melaka muncul manusia terpantas negara apabila meleburkan rekod kebangsaan 20 tahun milik Watson Nyambek di Stadium Sarawak, Kuching petang ini. Khairul mencatat 10.18 saat untuk merangkul emas manakala rakan senegeri, Badrul Hisyam Abdul Manap berkongsi pingat perak dengan atlet tuan rumah, Sarawak, Jonathan Nyepa yang mencatat 10.36 saat
video
VALENCIA: Bintang balapan Movistar Yamaha, Valentino Rossi, meminta maaf selepas berlaku peristiwa dia menyepak peminat wanita di kawasan padok di Litar Valencia di Sepanyol, selesai dia menjalani balapan. Rossi mengaku terpaksa melakukan aksi itu kerana terasa sukar melewati jalan tersebut dalam perjalanan menuju garaj. Selepas menghabiskan balapan di GP Valencia, video yang dimuat naik peminat dan tersebar di media sosial menunjukkan...
KUCHING: Juara edisi kedua Liga Bola Sepak Rakyat (LBR) akan ditentukan pada malam ini di Stadium Negeri, Kuching. Ia akan menyaksikan pertembungan pusingan kedua, aksi akhir di antara pasukan Serian yang mewakili Sarawak, dan Gua Musang mewakili Kelantan. Dalam perlawanan terdahulu di Stadium Mohamed Ke-IV di Kota Bharu, Serian berjaya membawa bekal satu gol, hasil jaringan Mahadi Razak pada minit ke-48, sekali...
Tempoh kurang dua minggu diberikan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk kontaktor Pusat Skuasy Sarawak (PSS) menyiapkan sentuhan akhir yang diperlukan oleh gelanggang itu untuk layak menjadi venue kejohanan SUKMA yang akan bermula 22 Julai ini. Timbalan Ketua Setiausahanya, Nik Abdul Kadir Nik Mohammad berkata, ia adalah masa yang cukup kerana pada perancangan asalnya, pusat ini seharusnya  telah pun...