Utama Global

Global

Semua yang berkaitan di luar negara

MARAWI: Nasib orang awam yang terkepung di kota 200,000 jiwa ini membimbangkan. Bom masih meledak di sini, tempat kumpulan militan bersembunyi, dengan angka korban terus meningkat. Pihak berkuasa berkata, dianggarkan 400 teroris bersenjata masih bertahan, dan menggunakan orang awam sebagai perisai. Kumpulan...
LONDON: Bangunan 27 tingkat, Grenfell Tower di Lancaster, barat London dijilat api 1.16 pagi waktu London. Lebih 200 petugas bomba dengan 40 jentera menangani kebakaran apartmen dibina dekad 1970-an tersebut yang memiliki 120 unit flat dan dihuni ratusan jiwa. Pihak ambulans...
PERBADANAN Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) rakyat Malaysia membuang sekitar 17,800 tan makanan setiap hari. Mardi pula menganggarkan 7.89 peratus padi hilang di sepanjang rantaian nilai pengeluaran. Awal minggu lepas, timbul isu sepanjang Ramadan, rakyat Malaysia membuang 270,000 tan...
SHANGHAI: Zhou Hai, 22, tergesa-gesa memasuki Tenth People's Hospital di Shanghai berjumpa doktor pada Khamis. Perutnya kembung tampak seperti wanita hamil. Doktor mendapati Zhou sukar bernafas sehingga dia mengerang kesakitan. Menurut laporan Shanghaiist pada Selasa, Zhou memberitahu doktor sudah tiga hari perutnya...
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mendesak Qatar berhenti menyokong terorisme. Desakan dikeluarkan selepas Arab Saudi dan sekutunya “memainkan peranan” memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar. Menurut Sky News pada Sabtu, Trump, menuduh Qatar merupakan penyumbang dana tertinggi kepada terorisme. Trump menyokong keputusan...
  RALEIGH: Sebaik sahaja pulang ke rumahnya, Sunshine McCurry warga North Carolina terkejut mendapati ada ular hitam sepanjang sekitar enam kaki “melepak” di ruang tamu rumahnya. Dia mendekati ular tersebut perlahan-lahan dari arah belakang sambil membawa sarung bantal. “Kita mendapatkannya,” kata McCurry...
Mungkin nama ulama Rizieq Shihab yang terkenal dan bergengsi di Indonesia, tidak membangkitkan sebarang minat di Malaysia. Tetapi, ada sesuatu yang menarik tentang tokoh ini. Beliau kini terjebak dalam kontroversi dan skandal. Beliau dituduh sebagai suspek  kerana melanggar undang-undang pornografi sehingga mengundang...
KUALA LUMPUR: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dukacita terhadap krisis yang berlaku di rantau Teluk Arab apabila beberapa negara Teluk termasuk Mesir dan Maldives  memutuskan hubungan diplomatik dan mengenakan sekatan udara, laut dan darat terhadap Qatar. Yang Dipertua PUM  berkata, PUM turut...
IPOH: Tiada mana-mana negara Asia Barat yang terlibat dalam konflik di rantau itu termasuk Arab Saudi membuat tekanan terhadap Malaysia supaya memutuskan hubungan dengan Qatar. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri II, Datuk Seri Ong Ka Chuan berkata, keadaan itu mungkin...
KUALA LUMPUR: Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) melihat keputusan beberapa Negara Teluk; termasuk Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Mesir, Libya, Yaman, Bahrain dan Maldives memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar menimbulkan keresahan dalam kalangan umat Islam. Isu tersebut turut meresahkan dan...
Ikhwanul Muslimin bukan kumpulan teroris sebaliknya organisasi dakwah Islam paling tua di dunia; merupakan kelompok intelektual yang tidak menggunakan senjata dalam menyebarkan kefahaman Islam, bahkan banyak menyumbang kepada perkembangan Islam yang progresif. Bahkan, di Amerika Syarikat (AS) sendiri, banyak pihak...
MANILA: At least 13 marine soldiers have been killed during a series of heavy fighting between government troops and Islamist militants on Friday in the southern Philippine city of Marawi, the military said on Saturday, China's Xinhua news agency reported. Lt....
https://youtu.be/qmI3GqtuwqI?t=3 HELSINKI: Suspens, seorang budak berusia lima tahun tertangkap kamera pengawasan sedang lemas ketika berenang sendirian di kolam renang awam di Helsinki, Finland. Daily Mail pada Sabtu melaporkan ada pihak mendakwa, ibu budak tersebut berada di ruang sauna ketika kejadian, tetapi...
KOTA KINABALU: Ketika pemberontakan hendak masuk ke minggu keempat, pasukan elit Amerika Syarikat diminta kerajaan Filipina untuk membantu tenteranya  membebaskan kota Marawi daripada cengkaman kumpulan militan Maute yang pro-ISIS, kata jurucakap Kedutaan Besar Amerika Syarikat di Manila. Untuk itu, kata...
KUALA LUMPUR: Presiden Pas  menyarankan seluruh dunia Arab perlu kembali semula kepada Islam susulan perkembangan terbaharu membabitkan pemulauan negara Qatar. “Selepas saya meneliti dan menyokong keterangan yang dibuat oleh Kesatuan Ulama Islam Sedunia, kami dapati bahawa seluruh dunia Arab perlu...
RIYADH: Marah benar Arab Saudi dengan Qatar dalam krisis terbaharu di Teluk, apabila kerajaan melarang warganya menonton siaran televisyen milik Qatar, al-Jazeera. New Arab melaporkan berita pada Sabtu bahawa Jawatankuasa Pelancongan dan Warisan Nasional Arab Saudi mengeluarkan peringatan mengenakan denda...
ANKARA: Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pada Khamis mengesahkan Parlimen negara itu bersetuju menghantar tenteranya ke Qatar serta meluluskan perjanjian antara kedua-dua negara mengenai kerjasama latihan ketenteraan, lapor agensi berita China Xinhua. Perjanjian itu diluluskan Parlimen Turki melalui prosedur 'fast-track'...
HAMAS mengkritik kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Abdel al-Jubeir yang meminta Qatar berhenti menyokong mereka di Palestin sebagai syarat menamatkan perselisihan antara mereka. Hamas mengakui mereka pergerakan sah menentang penjajahan Zionis dan mewakili negara Arab dan Islam. Al-Jubeir semasa lawatan ke...
KENAPA tidak meningkatkan tekanan kepada Israel yang sejak 1948 menjadi pengganas menzalimi rakyat Palestin? Kenapa memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar? Adakah Israel yang menceroboh Palestin, merampas tanah dan membunuh rakyatnya bukan pengganas? Kenapa Qatar? Adakah kerana Qatar tidak memusuhi Ikhwanul...
JAKARTA: Enam militan yang berkomplot untuk melancarkan serangan roket dari Batam, Indonesia ke Singapura dijatuhi hukuman penjara antara tiga hingga empat tahun atas kesalahan melindungi dan melatih pengganas, lapor agensi berita Vietnam  (VNA). Ketua kumpulan berkenaan Gigih Rahmad Dewa dikenakan...
YANGON: Pesawat tentera milik Myanmar yang dilaporkan hilang bersama 122 penumpang di dalamnya ditemui terhempas di Laut Andaman, tidak jauh dari Kota Dawei. Pesawat pengangkut Y8 buatan Cina itu mengangkut 14 krew dan 106 personel tentera berserta keluarga termasuk anak-anak. Menurut...
JAKARTA:  Kerajaan Indonesia menjangka akan menerima kesan langsung dari segi pelancongan susulan krisis hubungan diplomatik antara Qatar dengan beberapa negara  Arab Saudi. Sebanyak 50,000 pelancong dari negara berkenaan dijangka tidak akan datang ke Indonesia ekoran krisis itu, menurut Jakarta Post...
LONDON: Ratusan ulama  di sini enggan melakukan solat jenazah para pelaku serangan di Jambatan London. Hingga kini  sekitar 200  orang menandatangani untuk menolak melakukan solat jenazah para pengganas  terbabit. Tidak pernah berlaku sebelum ini begitu banyak ulama  di negara ini yang bersatu...
Gelora di Marawi bagai tak akan reda. Dua minggu telah berlalu sejak kumpulan  bersenjata mengibarkan bendera kelompok ISIS di Marawi, Selatan Filipina pada 24 Mei lalu, kerajaan masih belum berhasil menewaskan kumpulan yang ingin membentukwilayah ISIS. Banyak yang terkorban dalam pertempuran...
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mencuit pada Selasa di Twitter menyatakan “warna” sokongannya ke atas tindakan Arab Saudi dan Mesir serta sekutu lainnya di Teluk dalam isu memutuskan hubungan dengan Qatar. Trump menulis: “Dalam kunjungan ke Timur Tengah baru-baru...
Terdapat posting di media sosial yang meletakkan teori konspirasi “The Mysterious Glowing Orb” untuk dikaitkan dengan krisis yang melanda Negara Teluk di Asia Barat sekarang. Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz al-Saud, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Presiden...
JAKARTA: Kekecohan berlaku akibat perebutan jenazah pelakon Yana Zein. Proses pengebumian Yana tertunda  ekoran perebutan antara ibu yang beragama Kristian dan ayah Yana yang beragama Islam. Kahwin campur antara dua agama mencetuskan konflik berkenaan. Laporan media tempatan melaporkan,  kekecohan berlaku ketika ayah...
KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana berukuran 5.3 pada skala Richter berlaku di Laut Bismarck, 235 km sebelah barat daya dari Kavieng, Papua New Guinea pada 7.54 pagi ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataan di sini berkata, lokasi gempa itu terletak...
KUALA NERUS: Bakal haji yang akan menunaikan ibadah Haji tahun ini tidak perlu panik dan bimbang dengan keputusan Arab Saudi yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Qatar baru-baru ini. Pengerusi Tabung Haji (TH) Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim berkata,...
KUALA LUMPUR: Dewan Ulama Pas memandang serius isu sambutan besar-besaran Jerusalem's Jubilee yang dirancang diadakan di Melaka 15-18 Jun ini. Dalam kenyatannya, Ketua Penerangan Ulama Pas Pusat, Mohd Asri Daud berkata, sambutan berkenaan dilihat berselindung di sebalik upacara keagamaan yang...