Perarakan Jalanan Bandar Raya Kuching

KUCHING: Hujan yang turun sejak petang kelmarin tidak menghalang puluhan ribu warga bandar raya ini untuk menyaksikan perarakan jalanan Bandar Raya Kuching, sempena sambutan Ulang Tahun Bandar Raya Kuching ke-29.

Berlangsung di hadapan Hotel Hilton, majlis dirasmikan oleh Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg.

Bertemakan Perpaduan Dalam Kepelbagaian, perarakan berlaku di sepanjang dua kilometer sebelum berakhir di Tebingan Kuching.

Sejumlah 46 kontijen mengambil bahagian dalam perarakan itu, yang turut mensyaratkan persembahan statik di dua hentian.

Menawarkan habuan keseluruhan berjumlah RM28 ribu, acara anjuran Dewan Bandaraya Kuching Utara dan Majlis Bandar Raya Kuching Selatan merupakan acara tahunan yang termasuklah dalam kalendar pelancongan.

Berikut adalah sedutan lensa netizen mengenai perarakan itu yang sempat kami kumpul. – Sarawakvoice