KOREA UTARA pada Sabtu mengumumkan hampir 3.5 juta pekerja, anggota parti dan tentera sukarelawannya menyertai tentera menentang sekatan terbaru Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Amerika Syarikat

Ketegangan geopolitik antara Pyongyang dengan Washington memuncak.

Rodong Sinmun, akhbar rasmi Korea Utara berkata, sukarelawan berkenaan menawarkan diri menyertai tentera selepas berita KCNA mengutuk sekatan PBB ekoran melancarkan ujian peluru berpandu.

Awal minggu ini, Reuters melaporkan Korea Utara mengancam menyerang Amerika Syarikat dan wilayah Pasifiknya miliknya di Guam dengan senjata nuklear.

Sengketa 2013 dan 2015

Pada Ogos 2015, sejuta warga Korea Utara pernah menawarkan diri dalam tentera ketika berlaku ketegangan diplomasi dengan Korea Selatan.

Pada 2013 Korea Utara turut memberi amaran kepada diplomat asing agar meninggalkan Pyongyang dan mengancam serangan peluru berpandu di pangkalan AS di Pasifik, terutama di Guam dan Hawaii.

Sementara, walaupun mendakwa tidak gentar dengan serangan peluru berpandu Korea Utara, Guam mengeluarkan amaran keselamatan bagi 163,000 penghuninya.’

Korea Utara bercadang menembak empat peluru berpandu jarak sederhana melintasi Jepun sebelum mengentam Guam, tapak pangkalan tentera AS yang digunakan mengawasi Pasifik itu.

Fasiliti tentera AS di Guam meliputi pangkalan angkatan laut, pangkalan angkatan udara dan hospital.

 

Jepun Suspens, Hiroshima Terancam Lagi

 

Sementara, Jepun turut terkesan dengan amaran Korera Utara itu.

Menurut CNN, Jepun mengerahkan sistem Patriot Advanced Capability-3 (PAC-3) di Shimane, Hiroshima, dan Kochi sebagai daerah yang disebutkan dilewati peluru berpandu Korea Utara.

Berita Kyodo melaporkan, Menteri Pertahanan Jepun Itsunori Onodera berkata jika terpaksa Jepun sedia menembak peluru berpandu yang melintasi pulaunya.

Sementara, Presiden AS Donald Trump mengatakan Korea Utara akan membuat masalah besar jika menyerang Guam.

Presiden AS memperingatkan bahawa tentera AS sudah bersiap sedia jika Korea Utara tidak bijaksana dalam tindakannya yang dikatakan “menghitung hari” itu.

China, Jerman, Rusia turut Risau

Sementara, pemimpin China Xi Jinping menyifatkan menjadi tanggungjawab China dan AS menghentikan ancaman peluru berpandu Korea Utara itu.

Manakala, Kanselor Jerman Angela Merkel mengatakan peningkatan retorik adalah cara yang salah untuk mengatasi krisis ujian peluru berpandu dan nuklear Korea Utara itu.

Sementara, Rusia melihat sikap saling mengancam antara Washington dengan Pyongyang “sangat mengkhuatirkan kami”.

Menurut CNN pada Sabtu, Trump mengabaikan seruan antarabangsa menahan diri dalam isu panas berhubungan Korea Utara.

Trump turut menyambut provokasi Korea Utara sehingga dikhuatiri benar-benar memuncakkan  bencana konflik Semenanjung Korea.

“Solusi tentera ketika ini sudah selesai, terkunci dan siap,” tegas Trump dengan nada keras.

Bagaimanapun memetik AFP pada Jumaat Trump masih berharap dengan berkata, “mudah-mudahan Kim Jong Un akan menemui cara lain.” – Sarawakvoice