Klinik Intensif Kecemerlangan SPM di Sibu mendapat sambutan hangat

SIBU: Seramai 360 orang pelajar daripada 16 buah sekolah di seluruh pelosok Sibu telah mendaftar sebagai peserta Klinik Intensif Kecemerlangan SPM 2017 di University College Technology Sarawak pagi tadi.

Program yang dianjurkan oleh Persatuan Graduan Bumiputera Sibu dengan kerjasama Pusat Khidmat DUN N55 Nangka telah diadakan buat kali keempat berturut-turut sejak penganjurannya yang bermula pada tahun 2014.

Menurut Pengarah Program, Siti Aishah Latiff, “program ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan peratusan pelajar Bumiputera Sibu supaya dapat melanjutkan pelajaran di Institut Pengajian Tinggi, disamping itu juga, program ini bertujuan untuk mendedahkan konsep pengajaran dan pembelajaran di Institut Pengajian Tinggi iaitu konsep Kuliah dan tutorial . Konsep tersebut menjadi faktor cita-cita kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran ke menara gading.

Seramai 45 guru pakar daripada enam subjek telah dipilih menjadi tenaga pengajar untuk Klinik Intensif Kecemerlangan SPM kali ini bagi membolehkan matlamat program ini tercapai.

Seramai 40 orang sukarelawan daripada Persatuan Graduan Bumiputera Sibu telah dilantik bagi membantu menjayakan program ini.

Subjek-subjek tersebut ialah Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris untuk aliran sastera dan Fizik , Kimia dan Matematik Tambahan untuk aliran sains.

Program ini berakhir pada 22 Oktober dan ADUN N55 Nangka, Dr Haji Annuar Rapaee dijangka merasmikan majlis penutupan program. – Sarawakvoice