KUALA LUMPUR: Hanya dengan tambahan 10 peratus undi daripada pemilih Melayu dan 5 peratus sokongan pengundi Cina serta India pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), Pakatan Harapan (Harapan) akan mara ke Putrajaya menggantikan Barisan Nasional (BN).

Ketua Parlimen Dap Lim Kit Siang meramalkan situasi tersebut dalam kenyataannya pada Ahad.

Ramalan Ahli Parlimen Gelang Patah itu bermaksud Harapan akan memperoleh 113 kerusi Parlimen di Semenanjung untuk menekan BN ke bawah, memperoleh 50 kerusi, manakala Pas hanya pungut dua kerusi.

Unjuran kepada ramalan Kit Siang ini merujuk kepada tsunami politik Malaysia sehingga memaksa BN keluar dari Putrajaya dan Harapan membentuk Kerajaan Persekutuan yang baharu.

PRU14 diramal berlangsung sama ada November ini atau pada sebelum Mac 2018 ketika mandat kerajaan memerintah berakhir Ogos 2018.

Pada pemilihan itu menyaksikan berlangsung melalui sistem dua parti dengan blok BN menentang blok Harapan bagi merebut 222 kerusi Parlimen.

Andaian Kita Siang turut mengambil kira kerusi Parlimen di Sarawak dan Sabah sebagai deposit istimewa BN.

Namun, menurut Kit Siang ramalan beliau itu ada penghalangnya yang disifatkannya sebagai “pemusnah” iaitu faktor Pas yang bertindak menyebabkan BN memperoleh 113 daripada 165 kerusi Parlimen di Semenanjung.

Bagaimanapun, Kit Siang percaya, walau apa keadaan pun, Pas hanya mampu mengekalkan enam kerusi berbanding 21 kerusi dimenangi pada PRU13 berlangsung 2013 lepas.

Ketika itu, BN hanya meraih 85 kerusi Parlimen di Semenanjung, antara terendah dalam keputusan PRU.

Sementara, alternatif lain Kit Siang turut meramalkan, mungkin juga PRU14 menyaksikan kedua-dua BN dan PH masing-masing memperoleh 80 kerusi, manakala Pas hanya lima kerusi. – Sarawakvoice