Berita dunia laporkan ayah perkosa anak 600 kali di M’sia, terancam penjara 12,000 tahun

KUALA LUMPUR: Akhbar dan berita luar negara menularkan berita menggemparkan masyarakat di Malaysia, seorang ayah yang memperkosa anaknya 600 kali, kini terancam hukuman penjara 12,000 tahun jika dibuktikan bersalah.

Independent pada Jumaat melaporkan, mahkamah di Kuala Lumpur memerlukan dua hari untuk membaca 646 dakwaan terhadap ayah berusia 36 tahun yang turut dituduh meliwat anaknya berusia 15 tahun sebanyak 599 kali itu.

Memetik AFP, Timbalan Pendakwa Raya Aimi Syazwani Sarmin di Mahkamah Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak di Putrajaya berkata, lelaki yang bekerja sebagai ejen unit amanah itu “terancam hukuman lebih dari 12,000 tahun penjara”.

Akhbar tersebut melaporkan ini mengambil kira, setiap sodomi, terdakwa dapat dihukum maksimum 20 tahun penjara dan dirotan.

Selain dakwaan sodomi, lelaki berkenaan turut didakwa tuntutan pemerkosaan, dengan ancaman hukuman maksimum 20 tahun.

Dakwaan turut melibatkan 30 tindak kekerasan seksual lainnya, dengan masing-masing tuntutan diancam 20 tahun penjara.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 14/16 Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 selain di bawah Seksyen 31(1)(a)dan Seksyen 31(1)(b) Akta Kanak-Kanak 2016.

Akhbar antarabangsa lain yang turut menyebarkan berita heboh ini antaranya Asia One, AFP, South China Morning Post di China, portal Filipina ABS-CBN News, The Sun UK, Mail Online, Al-Aabiya dan portal Naija News dari Nigeria.

South China Morning Post turut memetik AFP menyiarkan berita ini dengan tajuk “menghadapi hukuman penjara 12,000 tahun”. – Sarawakvoice