11 tahun tidur di jalanan, kutip makanan dari sampah, rupanya gelandangan itu usahawan

HONG KONG: Bermula awal 2017, Cheung sukarelawan NGO “Return Love Home”, bertemu seorang gelandangan bernama Chan Chi-kin di sebatang jalan di Guangdong, China.

Semenjak itu Cheung saling menghubung Chan, lelaki gelandangan sedekad yang mengutip makanan dari jalan dan tong sampah, disifatnya sebagai pandai bercakap dan bersopan santun itu.

Selepas beberapa kali berjumpa, Chan akhirnya mempercayai Cheung dan akhirnya sanggup memberi kad identiti dirinya dan mula menceritakan hal berkaitan dirinya.

Ternyata Chan ialah usahawan asal Hong Kong sudah lama dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya.

Foto Return Love Home

Akhirnya, teruja dengan kisah Chan, wartawan tersebut meghubungi keluarga Chan melalui panggilan video.

Beliau memberitahu keadaan dan kedudukan Chan.

Cheung berkata kepada media HK01: “mereka semua sangat terharu, semua orang menangis.”

Memetik laporan di laman Coconuts 7 Ogos lepas, isteri Chan bernama Yeung yang membuat Chan menangis, “anak-anak sudah dewasa, kamu pergi ke mana lagi?”

Cheung akhirnya membawa pengusaha tersebut kepada keluarganya di Wan Chai pada 3 Ogos, yang kemudian mengurus Chan pulang ke pangkuan keluarganya.

Yeung, isteri Chan menceritakan kepada Oriental Daily, dia berkahwin dengan Chan pada 1991 dan hasil perkongsian hidup mereka memiliki dua anak lelaki.

Chan sebenarnya pemilik e-commerce yang sukses serta sering ke Shenzhen dan Hong Kong bagi tujuan perniagaan.

Namun, Chan hilang tepat pada hari ulang tahun anak pertamanya pada 2006.

Yeung mengaku bertahun-tahun berusaha mencari Chan sehingga akhirnya putus asa pada 2010 apabila Chan masih tidak muncul pada hari pengebumian ibunya yang meninggal dunia.

Yeung berpindah ke Kunming di Yunnan, selatan China bersama kedua-dua anaknya.

Yeung berkata, “setelah bertahun-tahun tanpa khabar berita, saya fikir dia sudah tiada lagi. Saya tak menyangka dia tidur di jalanan.” – Sarawakvoice