Pakatan Harapan sedia ajukan manifesto  khusus untuk S’wak, Sabah hadapi PRU14

KUALA LUMPUR: Dengan memahami masalah dan perasaan masyarakat Sarawak dan Sabah, Pakatan Harapan (Harapan) perlu memberi perhatian khusus kepada dua negeri Malaysia Timur ini.

Pengerusi Harapan Tun Dr Mahathir mengakui Harapan membincang tentang dua negeri ini dalam mesyuarat mereka secara panjang lebar.

Menurut FMT pada Khamis, Mahathir berkata Majlis Presiden Pakatan Harapan sedia merumuskan satu manifesto khusus untuk Sarawak dan Sabah bagi menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 akan datang.

Pada sidang akhbar pada Khamis selepas mesyuarat tiga jam majlis presiden, Mahathir berkata, “saya percaya masalah Sabah dan Sarawak amat serius,” dan menurut beliau, semua pihak mencadangkan agar dibentuk manifesto khusus untuk Sarawak dan Sabah.

Menurut kenyataan beliau, isu ini dibincangkan dalam jawatankuasa khusus yang akan memberi laporan kepada Majlis Presiden Pakatan Harapan yang bersidang pada 24 Ogos ini. – Sarawakvoice