Dua maut kren jatuh di tapak pembinaan Taman Capital, Samarahan

SAMARAHAN: Dua orang maut dihempap pelantar kren yang tumbang petang tadi, di sebuah tapak projek perumahan Taman Capital, Tanjung Tuang, Samarahan dekat sini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hii, mengesahkan seorang lelaki Melayu dan seorang wanita Iban disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Operasi mengeluarkan mangsa dibantu oleh dua jentera jengkaut untuk mengangkat pelantar kren tersebut dengan menggunakan kabel.

Mangsa katanya, dikeluarkan dengan menggunakan scoop strecher oleh pihak Bomba. – Sarawakvoice