SERIAN: Nafsu mengalahkan binatang. Inilah yang dapat dibayangkan terhadap perlakuan seorang datuk berusia 57 tahun, dan tiga anaknya, apabila sanggup meratah gadis dua cucunya, hingga salah seorang daripadanya mengandung.

Lebih menyedihkan seorang daripada pemangsa ini merupakan bapa kandung mangsa sendiri.

Menurut Ketua Siasatan Jenayah Negeri, Datuk Dev Kumar, pihaknya dimaklumkan tentang kejadian itu oleh pihak Hospital Serian, sekitar jam 2.30 petang tadi. (gambar hiasan)

“Kita dimaklumkan bahawa mangsa telah berbadan dua dan dirujuk ke hospital berkenaan untuk pemeriksaan.

Kata Dev, berdasarkan maklumat awal, pihaknya dimaklumkan mangsa telah diperlaku sumbang mahram oleh bapa, datuk dan dua bapa saudaranya sejak berusia 13 tahun.

“Lebih menyedihkan adik mangsa yang berusia sembilan tahun turut menjadi mangsa rakus keempat-empat pedofil ini.

“Kesemua insiden ini berlaku di rumah keluarga ini di Kampung Daha Seroban, dekat sini dan mereka tinggal bersama.

Setelah siasatan awal kata Dev, sekitar jam 3.30 petang, sepasukan anggota Siasatan Jenayah Serian yang diketuai oleh Inspektor Vimal Nathan telah memberkas kesemua saspek di kediaman mereka.

“Kesemua suspek berumur di antara 26 hingga 57 tahun dan bekerja sebagai petani.

Kes katanya lagi disiasat di bawah Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana sumbang mahram dan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Kota Samarahan jam 10 pagi esok untuk permohonan reman. – Sarawakvoice