Lelaki disyaki jual syabu di Jalan Astana dijaring polis Kuching

KUCHING: Polis Kuching berjaya menahan seorang lelaki di Jalan Astana di sini pagi semalam, kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti penjualan dadah jenis syabu.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, tangkapan sekitar jam 10.40 pagi itu dilakukan oleh sepasukan anggota Cegah Jenayah Balai Polis Gita yang sebelumnya diperiksa selepas berada salam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan itu, kita menjumpai 10 tiub straw mengandungi ketulan kristal di peracayai dadah jenis syabu.

“Siasatan awal mendapati dadah itu adalah jenis Syabu seberat 1.11 gram.

Kata Abang Ahmad, lelaki berusia 30 tahun dari Kampung Gersik itu kini dalam tahanan dan siasatan masih berlangsung. – Sarawakvoice