Tawaran gila restoran, semakin besar payudara semakin besar diskaun!

HANGZHOU: Sebuah restoran di China dikecam penduduk setempat apabila melakukan promosi kontroversi dengan menawarkan diskaun kepada pelanggan wanita berdasarkan ukuran atau saiz bra atau payudara mereka.

Poster iklan tersebut dituduh bersifat “vulgar” atau kesat serta mendiskriminasi golongan wanita.

Menurut BBC yang memetik Qianjiang Evening Post pada Selasa, restoran Trendy Shrimp di pusat beli-belah di Hangzhou, kota utama wilayah pantai Zhejiang, China.

Poster yang menampilkan ilustrasi kartun beberapa wanita yang hanya mengenakan baju dalam itu menyenaraikan harga diskaun untuk pelanggan wanita berdasarkan saiz “cup” masing-masing.

Iklan dianggap beridea “gila” itu bertulis “XIONG” dengan tema “The whole city is looking for breasts”.

Semakin besar ukuran “bra” pelanggan, semakin besar pula diskaun diberikan.

Untuk pemeriksaan saiz bra, pelanggan wanita dapat menuntut diskaun tersebut dari pelayan wanita, untuk mengelak rasa malu.

Selepas mendapat keluhan dan kecaman masyarakat setempat yang menganggap teknik tersebut mendiskriminasi wanita, pihak restoran menarik semula poster promosi yang mula dipasang 1 Ogos lepas.

Bagaimanapun, Pengurus Awam Trendy Shrimp, Lan Shenggang menganggap tiada yang salah dengan cara promosi tersebut.   

Lan mengaku, melalui promosi itu, kehadiran pengunjung ke restoran terbabit naik sekitar 20 peratus.

Lan berkata, “beberapa gadis yang kami temui sangat bangga.”

“Tidak ada yang perlu mereka sembunyikan,” tambah Lan.

Sebelum ini, pada 2015, sebuah restoran di Henan menarik perhatian umum kerana memberi diskaun kepada pelanggan yang dinilai sebagai tampan atau cantik.

Sebuah kedai makan di Chonging pula turut menawarkan harga diskaun bagi lelaki gemuk dan perempuan yang kurus. – Sarawakvoice