Ramai “hantu” lalui aerobridge, video ditonton 11 juta kali netizen tetap penasaran

BANGKOK: Rakaman video berdurasi 31 saat yang dimuat naik Richard Ker di akaun Facebooknya berkaitan aerobridge berhantu, kini ditonton 11 juta kali dan dikongsi lebih 8,000 kali netizen.

Menurut Asian Correspondent pada Isnin, video yang dirakam di Lapangan Terbang Antarabangsa Thailand itu memperlihatkan “ramai hantu” melalui sebuah aerobridge atau jambatan aero yang keluar dari ruang bukaan pintu yang terngaga kosong, “tanpa pesawat” di situ.

Netizen penasaran memikirkan hal tersebut.

Ada yang menjangkakan terdapat aerobridge lain di belakang binaan berkenaan, jadi pergerakan penumpang yang baru mendarat dari sebuah pesawat memasuki terminal ketibaan kelihatan melalui “aerobridge berhantu” itu.

Namun, video tersebut cepat viral dan ditonton jutaan kali hanya dalam waktu kurang sehari.

Awalnya, aerobrdige itu kosong, beberapa detik kemudian ia dipenuhi ramai penumpang yang berjalan menuju terminal ketibaan.

Warganet tertanya-tanya dari mana sebenarnya datangnya para “penumpang hantu” itu?

Laman Siakap Keli yang kerap menampilkan “isu menarik perhatian” berkata, pihaknya menghubungi jurutera bidang penerbangan mendapatkan komentar.

Jurutera tersebut dilaporkan tidak dapat mengesahkan kesahihan video berkenaan, namun berkata seharusnya ada kelibat pesawat berhampiran aerobridge berkenaan bagi menurunkan penumpang yang ramai itu. – Sarawakvoice