Ugut guna foto pistol, lelaki dari Miri diberkas di Kuching

KUCHING: Polis Kuching pagi ini telah menahan seorang lelaki, selepas dia mengadakan ugutan bunuh terhadap seorang ahli perniagaaan.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Abang Ahmad Abang Julai berkata, tangkapan dilakukan sekitar jam 11.14 pagi tadi di hadapan sebuah premis di Batu 4, Jalan Tawi Sli, dekat sini.

“Suspek, lelaki Cina berusia 43 tahun dari Miri sebelum itu mengugut seorang ahli perniagaan, juga berbangsa Cina yang berusia 70 tahun melalui sistem pesanan ringkas, dengan memuat naik gambar sepucuk pistol.

“Lanjutan ugutan itu, kita turut merampas telefon bimbit jenis Oppo daripada suspek.

Kes kata Abang Ahmad kini masih dalam siasatan dan diklasifikasi di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan jenayah. – Sarawakvoice