LONDON: Britain sedia membayar 40 bilion Euro (RM201 bilion) sebagai sebahagian daripada kesepakatan persiapan Brexit atau keluar dari Kesatuan Eropah (EU), serta memenuhi tuntutan perjanjian termasuk perjanjian perdagangan.

Reuters memetik Sunday Telegraph melaporkan, bagaimanapun EU menuntut bayaran 60 bilion euro (RM302 bilion).

EU menagih perubahan ketara penyelesaian liabiliti Britain sebelum perbincangan berkaitan perdagangan masa depan bermula.

Menurut Sunday Telegraph, pegawai Britain mungkin menawarkan bayaran 10 bilion euro setahun bagi tempoh tiga tahun selepas ia rasmi meninggalkan EU pada Mac 2019, bakinya dimuktamadkan kemudian.

Menurut sumber pegawai kanan Whitehall yang menempatkan staf kerajaan dan menteri di London, mereka sedar EU meletakkan 60 bilion euro.

Bagaimanapun, menurut pegawai tersebut,  bayaran yang mereka tawarkan ialah 30 bilion euro walaupun angka sebenar berada pada 40 bilion. – Sarawakvoice