Rashed, 15, antara remaja terkaya dunia, kini miliki Ferrari selain Cadillac Escalade

DUBAI: Elite Daily, 3 Mei 2016 menulis berkaitan remaja kaya bernama Rashed Saif Belhasa, baru berusia 15 tahun, anak elit kepada Saif Ahmed Belhasa salah seorang saudagar terkaya di Dubai.

“Kami tidak tahu banyak berkaitan Rashed, selain ayahnya Saif Ahmed Belhasa, usahawan paling berjaya di Emiriyah Arab Bersatu (UAE), dan dia memiliki anak harimau serta kenal setiap raper”.

Khaleej Times, 13 Mei 2016 turut menukilkan perihal Rashed yang mempunyai haiwan eksotik “mengerikan” dan bergaul dengan selebriti terkenal dunia serta bergerak di kalangan glamor.

Kedua-dua portal Dubai, Elite Daily dan Khaleej Times merujuk kepada akaun Istagram Rashed memiliki 70,000 pengikut.

Instagram Rashed merakamkan kehidupannya yang “bercahaya” termasuk gaya hidup dan pertemuannya dengan hampir semua selebriti dan atlet terkenal dunia – dari Christiano Ronaldo, Messi, Akon ke Nicki Minaj.

Terkini, portal Vocket 3 Ogos 2017 menulis: “Rashed kembali lagi! Remaja berusia 15 tahun Rashed Belhasa atau lebih dikenali dengan nama ‘Money Kicks’ membalut kereta Ferrari ‘miliknya’ dengan stiker Custom Supreme x Louis Vuitton (LV).

“Menariknya, dia belum pun cukup umur untuk memandu kereta ini,” ujar Vocket.

Usia untuk memandu kereta di Dubai ialah 18 tahun.

Walaupun Rashed masih di bawah umur, dia sudah memiliki koleksi kereta yang banyak termasuk Cadillac Escalade dengan stiker kustom diinspirasikan daripada kasut YEEZY.

Berdasarkan Instagramnya, Rashed mempunyai banyak koleksi barangan Custom Supreme x Louis Vuitton.

Louis Vuitton Malletier (4 Ogos 1821–27 Februari 1892) pereka dari Perancis paling terkenal menghasilkan barang kulit mewah jenama Louis Vuitton atau LV.

Bertuahnya nasib badan Rashed, anak seorang bilionaire! Ke mana tumpahnya kekayaan ayahnya, kalau tidak kepada anaknya… – Sarawakvoice