KUALA LUMPUR: Beberapa hari lepas, Presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah Abdul Rani Kulup Abdullah melamar pengasas produk kecantikan Vida Beauty Sdn Bhd, Datuk Seri Hasmiza Othman yang dihebahkan dan tular di media massa.

Sebelum itu, Rani Kulup yang mesra dipanggil “ayah” terkenal dengan penampilan bersahaja berkostum tersendirinya, turut melamar peguam Siti Zabedah atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim, menjadi isterinya.

Menurut beliau oleh kerana Siti Kasim diam dengan lamarannya itu, beliau “beralih mencuba nasib” melamar Vida.

Inilah hasil lamaran Rani Kulup.

Menurut Sinar Harian pada Jumaat, Vida, 46,  mengakui Rani Kulup bukan ciri pilihannya.

Bagi Vida, cita rasanya ialah lelaki bermata kelabu, muda dan kacak serta kaya dan boleh memajukan perniagaannya.

Sebuah portal memetik Vida berkata, “Seseorang yang boleh memajukan perniagaan saya ke arah trilion ringgit. Itu baru boleh.”

Vida turut mengingatkan Rani Kulup agar tidak mencari publisiti murahan.

Sebelum ini, Rani Kulup berharap Vida membuka peluang untuknya.

“Ayah boleh menjadi suami yang baik,” katanya.

Berkaitan dua lagi isterinya, Abdul Rani berkata,  isterinya tidak kisah, “Isteri-isteri Ayah ‘steady’,” jelasnya.

Media melaporkan sebelum ini, selain ingin menjadikan isteri, Rani Kulup turut berhasrat mahu berduet dengan Vida dan meminta Vida memilih lagu yang akan mereka nyanyikan.

Dalam perkembangan sama, Vida mengakui sudah mempunyai calon suami orang Eropah yang sudah bertemunya pada Aidilfitri lepas.

Sementara, Siti Kasim yang dikatakan “diam” tidak menjawab sebelum ini, turut membuka mulut merespons lamaran Rani Kulup sebelum ini menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Siti Kasim di Facebook.

“Siti Kasim jangan kauk utuk, janganlah kau hina dia, dia pun manusia macam kita juga yang memerlukan kasih sayang.

“Ayahkan cinta wanita, seandai kata Siti Kasim ni… tak ada masalah bagi Ayah, Ayah boleh ambil dia sebagai isteri, kalau dia tiada suamilah, kalau ada suami tak bolehlah kan,” kata Rani Kulup tergelak.

Dalam jawapannya kepada KiniTV, peguam Siti Kasim mengaku suka akan penampilan Rani Kulup, tetapi tidak memandang serius lamaran tersebut.

“Dia melawak saja,” ujar Siti Kasim menambah, “orang ramai ambil serius sangat, aiyo,” katanya ketawa. – Sarawakvoice