Gajinya RM2.8 juta seminggu, Neymar pemain bola termahal dunia bernilai RM1.1 bilion

PARIS: Selepas sah menjadi pemain bola sepak paling mahal dunia pada Januari 2017, Neymar Junior melalui perpindahannya dari kelab Barcelona, Sepanyol ke Paris Saint-Germain (PSG), Perancis terus mengungguli rekod dunia memegang rekod berkenaan.

Neymar, 24, menandatangani lima tahun kontrak bersama PSG bersama-sama lima rakan sepasukan antarabangsa Brazil termasuk Dani Alves dan Thiago Silva.

Pemain kelahiran Brazil itu kini bernilai £198 juta (RM1.1 bilion).

Foto Pinterest

Untuk seminggu, Neymar menerima bayaran lebih £500,000 (RM2.81 juta) bagi pendapatannya di Paris sahaja, selain tambahan daripada pendapatan pengiklanan dan penajaan.

Januari lepas, Neymar tersenarai sebagai pemain paling berharga di Eropah, bernilai £216 juta, menurut kajian terhadap 10 pemain bola sepak dunia dengan harga melebihi €100 juta.

Ketika beraksi sebagai penyerang Barcelona, Neymar mendahulu rakan sepasukannya, Lionel Messi, yang dikatakan bernilai £149 juta.

Pemain England lain yang berada dalam 10 kedudukan teratas ialah dua pemain Tottenham, Harry Kane (£122 juta) dan Dele Alli (£96 juta).

Paul Pogba, yang menyertai Manchester United untuk rekod £89 juta pada musim panas, bernilai £136.4 juta.

Kajian dijalankan sepasukan ahli akademik dari CIES Football Observatory, menggunakan algoritma nilai pemindahan.

Mereka membuat pengiraan nilai dengan menggunakan beberapa kriteria yang merangkumi karektoristik dan prestasi pemain, seperti usia dan tempoh kontrak.

Sementara, pemenang Ballon d’Or dan pemain terbaik FIFA dunia, Cristiano Ronaldo yang sudah mencapai usia 31 tahun yang sebelum ini memegang rekod pemain termahal dunia, turun pada tangga keempat pada Januari lepas.

Kini, Ronaldo berada pada ranking ke-7 dengan nilai £111 juta sesuai dengan nombor bertuah dan jenama CR7-nya.

Rakan sepasukan Neymar di Real Madrid, Gareth Bale berada di tempat ke-14, bernilai £73.8 juta.

Pogba adalah satu-satunya pemain dalam lima kelompok teratas yang tidak berpangkalan di Sepanyol.

Antoine Griezmann dari Atletico Madrid berada pada kedudukan ketiga (£132 juta) dan Luis Suarez dari Barcelona kedudukan kelima (£127 juta). – Sarawakvoice