Syarikat AS tawar pencarian percuma MH370 selepas operasi rasmi dihentikan

KUALA LUMPUR: Ramai kecewa khususnya keluarga mangsa tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 apabila operasi mencari pesawat malang itu dihentikan secara rasmi pada Januari lepas.

Namun, sebuah syarikat penjelajah bawah laut milik Amerika Syarikat memberi sinar harapan baru apabila menawarkan operasi mencari jejak MH370 yang hilang lebih tiga tahun sejak 8 Mac 2014 lepas.

Peguam warga Malaysia Grace Nathan mengumumkan tawaran tersebut yang dibuat oleh syarikat berkenaan secara percuma.

Grace antara waris mangsa yang kehilangan ibunya salah seorang penumpang Boeing 777 yang membawa 239 jiwa berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur menuju Beijing, China.

Menurut Reuters pada Khamis, syarikat Ocean Infinity dari AS sedia meneruskan operasi pencarian tanpa meminta kos biaya pendahuluan.

Bahkan, Ocean Infinity hanya ingin diberi “hadiah” sekiranya berjaya menjumpai bangkai pesawat.

Menurut Okezone yang memetik Reuters, Wakil Menteri Perhubungan Malaysia, Aziz Kaprawi mengesahkan adanya tawaran dari Ocean Infinity.

Akan tetapi, pihak kerajaan belum memutuskan sama ada menerima tawaran tersebut atau tidak. – Sarawakvoice