Wartawan daerah konflik pernah lihat 10 mayat, perut terburai

BANGKOK: Ajal maut di tangan Tuhan.

Bagi wartawan Thailand yang biasa bertugas di daerah berkonflik di wilayah selatan negara ini, Tuan Danial dia pernah terpijak bom yang ditanam di jalan raya dan hampir dengan bom yang diikat di pokok kelapa, tetapi nasib menyebelahinya kerana bom berkenaan tidak meletup.

Menurut Danial yang menjadi koresponden TV di Malaysia, menjadi wartawan di daerah berkonflik perlu berdepan dengan pelbagai risiko.

“Saya pernah diugut oleh pihak militan dan pihak kerajaan beri amaran supaya tidak siarkan berita yang tidak memihak kepada mereka pada tahun 2008 dan 2009,” katanya.

Peranannya sebagai wartawan ialah mendedahkan kebobrokan dan di sebalik konflik.

Tuan Danial yang berpengalaman sebagai wartawan selama 13 tahun pernah menyaksikan keadaan mayat yang putus kepala dan rentung, mayat yang perut terburai dan sebagainya tidak kira kanak-kanak, wanita, tentera, pejuang dan sebagainya,” katanya ketika ditemui Sarawakvoice di sini hari ini.

“Saya pernah saksikan mayat bergelimpangan, sepuluh orang” katanya termasuk menyaksikan sebuah keluarga dibunuh di Narathiwat.

Bagi Tuan Danial sebagai wartawan di daerah konflik seseorang perlu kenal banyak pihak khususnya orang tempatan untuk mendapat kepercayaan dan sebagai sumber.

“Keberanian, kejujuran dan paling penting jangan berat sebelah,” katanya sambil menambah semua itu penting untuk mendapat kepercayaan sumber agar mereka sedia mendedahkan maklumat dan fakta. – Sarawakvoice