Sejarah Perancis dan rejim Pol Pot hantui Phnom Penh, ibu kota tua Kemboja

(melaporkan dari Phnom Penh, Kemboja)

Phnom Penh yang menjadi ibu kota Cambodia, atau Kemboja dihuni oleh 1.5 juta jiwa.

Ia merupakan negara dunia ketiga yang sehingga kini masih berusaha membebaskan diri daripada trauma era kolonial.

Bermaksud Bukit Penh, yang menempatkan kuil Budha yang dinamakan Wat Phnom, kota tua ini diasaskan sejak 1373.

Menurut legendanya, kuil itu ditemui oleh seorang sami yang ketika mengambil air dari Tonlé Sap menemui pokok mati di dalam air, yang di dalamnya terdapat empat patung gangsa dan satu patung batu Buddha.

Patung ini kemudian menjadi tonggak kepada pembinaan Wat Phnom.

Walaupun ditubuhkan pada 1372, Phnom Penh hanya menjadi ibu kota pada tahun 1865.

Pada tahun 1432, ia menjadi ibu kota dan mengekalkan status ini selama 73 tahun sehingga tahun 1505, apabila ia ditinggalkan kerana berlakunya pertempuran dalam kalangan pengkhianat kerajaan.

Kota tua ini kembali menjadi ibu negara selepas 360 tahun, apabila pada 1865, Phnom Penh berada di bawah tadbiran Raja Norodom I.

Penjajahan Perancis kemudian meninggalkan kesan mendalam kepada Kemboja.

Malah pengaruh Perancis amat ketara pada seni bina bandarnya hingga ia dikenali sebagai Mutiara Asia, malah Mutiara Paris pada tahun 1920-an.

Titik gelap kota ini bagaimanapun berlaku pada tahun 1975 ketika rejim Pol Pot dan junta Khmer Rouge, mengambil alih kota ini pada tahun 1975.

Ia menyebabkan seperlima penduduk Kemboja terbunuh dan penduduk bandar telah dipindahkan dan dipaksa bekerja sebagai buruh pertanian.

Pol Pot merupakan pemimpin rejim kejam, yang berpandangan golongan cendekiawan, tokoh akademik dan pelbagai lagi dibunuh kerana dianggap sebagai ancaman kepada rejim.

Phnom Penh berjaya dibebaskan oleh Vietnam pada tahun 1979, tetapi igauan ngeri mengenai kekejaman yang berlaku di sini masih ada, terutamanya dalam bentuk monumen “Killing Fields” di Choeung Ek. Jumlah mereka yang maut kerananya tidak terkira. – Sarawakvoice