Polis adakan Latihan Amal Ex-Rimau 2017 sebagai persediaan hadapi Sukan Sea Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) meneruskan Latihan Amal Ex-Rimau 2017 yang bermula semalam di Maktab PDRM Cheras, di sini sebagai persiapan menghadapi sebarang krisis dan ancaman keselamatan sepanjang penganjuran Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 pada Ogos ini.

Latihan Ex-Rimau ini diadakan di
Maktab PDRM Cheras, dan masyarakat dinasihatkan supaya tidak panik dan menjalani rutin harian seperti biasa.

Mereka juga diminta mengikut segala arahan keselamatan yang bakal dikeluarkan dari semasa ke semasa.

Untuk maklumat atau pertanyaan lanjut berhubung latihan ini, sila berhubung dengan Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di talian 03-92050222. – Sarawakvoice