Lelaki “frust” cuba bunuh diri dalam mesin basuh!

MANILA: Viral 27 Julai lepas, rakaman video yang ditularkan di Facebook netizen Filipina, kini mencapai lebih 100,000 tontonan di Youtube.

Anthony Riccaro melalui video “Bagmahal, nasaktan, natagpuan sa WASHING MACHINE” memaparkan lelaki yang dikatakan mabuk masuk di dalam mesin basuh selepas putus cinta.

Menurut laman Siakap Keli, lelaki berkenaan dikatakan bertindak cuba bunuh diri di dalam mesin basuh berkenaan selepas putus cinta.

Lelaki terbabit dikatakan ditemui oleh rakannya yang lain dalam keadaan mabuk dan sedang menangis di dalam mesin basuh.

Menurut rakan-rakannya, dia cuba membunuh diri, tetapi berjaya dikeluar dan diselamatkan oleh rakan-rakannya yang “ketawa” menyaksikan kejadian “menyedihkan” itu.

Rakan lelaki terbabit merakam dan memuat naik video tersebut di Facebook yang menjadi viral di media sosial. – Sarawakvoice