Kisah Aliff Aziz, Datuk Aliff dan Alif Satar yang “viral sepakej” pada hujung minggu

INI kisah dua Aliff dan satu Alif yang viral sepanjang hujung minggu baru berlalu.

Penyanyi Aliff Aziz ditahan polis sejak Jumaat lepas atas dakwaan memukul isterinya yang dalam pantang sudah dibebaskan pada pagi Sabtu dengan jaminan polis.

Kisah Aliff Aziz

Sebelum itu viral kisah Aliff Aziz, 26, didakwa memukul isterinya, Dayang Nabellah Awang Astillah, 23, di pusat karaoke di Taman Shamelin, Cheras pada Khamis.

Dalam kejadian sekitar 4.30 petang itu, Bella bersama ibunya dikatakan mencari Aliff Aziz dan menemuinya bersama seorang wanita lain di pusat hiburan berkenaan.

Menurut laporan polis yang dibuat Bella pada Jumaat, dia memarahi suaminya dan merakam beberapa keping gambar di pusat karaoke itu.

Bagaimanapun, Aliff Aziz dikatakan bertindak kasar dan merampas telefon tersebut dan memadam kesemua gambar.

Akibat pergelutan tersebut, Bella mendakwa luka di muka dan lutut.

Ketua Polis Cheras, Asisten Komisioner Chong Kok Sin berkata Aliff Aziz disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Aliff Aziz asal Singapura dibebaskan selepas keterangannya diambil berhubung kes berkenaan dan kes dirujuk kepada Timbalan Pendakwaraya untuk tindakan lanjut.

Kisah Datuk Aliff Syukri Terlajak Laris

Ketika isu penyanyi Aliff Aziz viral di media arus perdana dan media sosial khususnya Facebook, kisah jutawan kosmetik Datuk Aliff Syukri pula pada masa yang sama turut memuncak di media sosial.

Menerusi video yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya, Datuk Aliff melahirkan rasa sedih apabila beliau dan keluarganya dihalau keluar dari sebuah restoran hanya kerana mahu tumpang makan.

“Sedih saya bila bawa pergi restoran bawa bekal sebab kat sini makanan halal, amat susah nak dapat… baru saja cadang nak oder lah air biar cover sikit nak tumpang makan, tapi kami kena halau… jadi kami makan lah di tepi jalan,” tulisnya.

Susulan video dan kapsyen tersebut, cef selebriti terkenal, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan menegur Datuk Aliff yang makan di tepi jalan semasa bercuti di Swtizerland itu

Cef Wan memberi komen: “Mana satu restoran yang kasi orang guna tempat mereka untuk makan dan beli air saja, depa berniaga macam u pasti la need the table for the guests.

“Why la makan anak beranak tepi jalan macam tu… there so many park where you can find table to eat when you travel all over Switzerland.

“Saya pun dah berpuluh kali di sana… Aliff.. Aliff!,” tulis Chef Wan.

Di sinilah bermulanya sama ada “kekeliruan” dan “sengaja buat-buat” atau “perli” atau berupa “sindiran” kepada Datuk Aliff yang selalu dianggap menimbulkan pelbagai sikap “melatah” di kalangan netizen di Facebooknya.

Datuk Aliff telah dan cuba disalah sangka sama ada secara “sengaja” atau “memang silap orang” sebagai penyanyi Aliff Aziz.

Berikut beberapa kutipan berupa “sendaan” yang dipos netizen dan pengikut di akaun Facebook Datuk Aliff:

Azmie Abu Bakar: Dato selama ini saya kagum dengan dato’ aliff. Kejayaan dato’. Tapi skarang saya rasa dato’ kejam sebab memukul isteri tengah berpantang. Sampainya hati dato’ aliff. Suami dayusss.. Kesian bella.

Pos Azmie mendapat ribuan like dan ratusan respons daripada netizen lain, antaranya menulis:

Aslinda Ariffin: Budak kat atas tu buat lawak tapi ramai tak tak tangkap….aliff satar ada bagitau ramai peminat kecam dia sebab pukul isteri dia bella yang baru melahirkan anak…..dia kata yang patut kena kecam aliff aziz bukan aliff satar and dorang silap aliff…..pasal tu lah org tadi buat lawak pasal aliff sukri pukul bini nama bela dlm pantang….

Firdaus Jepun: Apa pandai bona ko nie… xbaca info kew … bangang tuu simpan2 lah sikit minah oii… sengall.. sian dato tipa2 kene kecam pukul bini .. owg tuu elok jaa bwk ank bini pegi … holiday ..

Mohd Nawi: Komen mau tp membaca malas ni la jadinya

Ade Ulfa Aku rasa budak ne bukan salah org.tapi saja komen cmne bia dpt bnyak like hahaha…

Sekadar memetik beberapa komen lain:

Ladolce Amira: Dye dh bebas ke? Bukan dye kena tahan pukul bini ke smlm? Ni alif satar kn?

Netizen lain memberi komen:

Syieda Iyeda: Tu aliff aziz sis .. bkn dato aliff trlajak laris ..

Dayang Amy Gold: Ni aliff sukri terlajak laris lh kak…adoiiii…tauke dherbs kayo rayooo

Atikah Hamdan: aduii malu laaa kwn ngan kau. Asal tag aku

Dalam perkembangan terbarum kini Datuk Aliff tampil memberi penjelasan mengapa beliau terpaksa makan di tepi jalan seperti yang viral di dalam video dari Instagramnya.

“Buat idola saya dlm bidang masakan dato @chefwan58 (i love cook and i alwas watching u at tv) terima kasih atas teguran ini dan sy terima dgn fikiran yg terbuka dan sy uploadkan khas utk dato chefwan ni kedai kebab yg saya makan secara beradab dan juga anda semua yg komen negatif mahupun positif sekiranya tindakan saya ni memalukan rakyat dan negara malaysia..”

Sementara, dalam perkembangan terbaru isu penyanyi Aliff Aziz, memetik mStar, Bella Astillah mengaku masih sayangkan Aliff Aziz.

Malah, dua hari selepas membuat laporan polis, Bella membela suaminya sambil meminta masyarakat berhenti menghentam Aliff Aziz.

Bella berkata semua yang berlaku hanya salah faham.

“Andai benar dia begitu, dari dahulu lagi saya sudah lebam-lebam. Semua ini hanya salah faham,” ujar Bella.

Justeru, Bella merayu masyarakat supaya berhenti mengecam suaminya dan berhenti menyebarkan berita tidak benar.

“Saya mengaku suami (Aliff) ada melakukan kesilapan. Semua rumah tangga mengalami benda yang sama. Jadi, saya harap agar semua pihak jangan salah faham,” kata Bella.

Ujar Bella lagi, Aliff bapa yang baik kepada anak mereka iaitu Mohamad Ayden Adrean yang dilahirkan 8 Julai lalu.

“Sepanjang kahwin, dia tak pernah pukul saya malah dia juga bertanggungjawab terhadap anak kami,” tambah Bella lagi.

Kisah Alif Satar

Sementara berkaitan penyanyi dan pelakon Alif Satar, dia meminta meminta orang ramai tidak tersilap sangka identiti dirinya dengan penyanyi Aliff Aziz yang berdepan dengan kontroversi itu.

Selain namanya turut dikaitkan dalam viral di laman sosial Aliff Aziz dan Datuk Aliff, akaun media sosial Alif Satar turut “diceroboh” netizen dengan kecaman.

Memetik Astro Awani pada Sabtu, Alif Satar, 27, menulis di Instagram, “tolong jangan salah sangka, saya bukan dia.”

Alif Satar terasa apabila ada beberapa pihak cuba mengkritiknya secara “sengaja” atau “gurauan” mungkin terkeliru identiti dengan artis yang ditahan kerana mengasari isterinya.

Kenyataan Alif Satar viral di media sosial, dan ramai netizen menyokongnya serta meminta orang ramai untuk tidak menjejaskan imej Alif Satar. – Sarawakvoice