Dap tuding BN belum siapkan sejuta rumah dijanjikan dalam manifesto PRU13

KUALA LUMPUR: “PRU14 akan diadakan dalam tempoh kurang dari setahun lagi. Berapa unit rumah mampu milik lagi yang Kerajaan Persekutuan boleh siapkan?” tanya Ahli Parlimen Sandakan, Wong Tien Fatt.

Wong bahkan mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) masih belum membina sejuta rumah mampu milik di seluruh negara seperti dijanjikan dalam manifesto Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) empat tahun lepas.

Memetik FMT pada Isnin, Wong bercakap kepada wartan di Parlimen berkata kerajaan setakat ini hanya membina sekitar 240,000 unit rumah mampu milik.

Menurut Wong, di Sabah hanya 17,665 unit rumah mampu milik disiapkan berbanding sasaran 72,310 unit.

Wong di Dewan Rakyat meminta Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar menyatakan bilangan unit rumah mampu milik yang sudah dibina oleh kerajaan.

Dalam jawapannya Noh melaporkan sehingga April 2017 kerajaan sudah mendirikan 237,738 unit rumah mampu milik sudah disipakan dan yakin sasaran sejuta rumah boleh dicapai.

Kedah mencatatkan 72 peratus unit rumah sudah disiapkan iaitu 42,131 unit diikuti Pahang 14,650 unit.

Wong menyifatkan isu rumah kritikal di seluruh negara. – Sarawakvoice