Kisah Forence dengan alat sulit terbesar, kini dibedah doktor pakar

KENYA: Sosok Forence Owiti Opiyo, 21, dari Kibigori menggemparkan warga Kenya, bahkan dunia gara-gara memiliki ukuran alat sulit luar biasa besar, 10 kali saiz lelaki normal.

Bahkan, keadaannya menyebabkan dia terseksa kerana terkongkong hidup di rumah.

Memakai, pakaian sahaja cukup sukar bagi Forence.

Kisah alat kelamin Forence membengkak dan menjadi besar bermula dengan penyakit kista atau “cyst”, berupa benjolan jenis tumor jinak yang dideritanya semasa berusia 10 tahun iaitu pada 2006.

Meski kista tersebut dibedah melalui operasi 2007, namun tidak berjaya, malah membuat dia sukar berjalan kerana ukuran besar alat vital tersebut ditambah saiz testis atau kerandut kelaminnya turut membesar dan berbenjol di belakang.

Mulanya saiz kista kecil, tetapi lama-kelamaan ia membuat alat vitalnya membesar.

Forence terpaksa berhenti sekolah kerana tidak tahan dicemuh memiliki saiz alat sulit bersaiz luar biasa.

Dia menghabiskan masanya di rumah bersama saudaranya Eliza dan neneknya.

Menurut Mail Online 18 Julai lepas, lelaki bernama Duncan Otieno simpati dan terdorong membantu Forence dengan memuat naik kisahnya di Facebook, sehingga nasibnya cuba dibela lembaga amal di Kenya.

Ambulans menjemput Forence dari desanya untuk menjalani pembedahan.

Pakar bedah, Dr James Obondi menjadualkan operasi terhadap Forence dan menjanjikan Forence akan menikmati hidup normalnya semula selepas tiga bulan.

Forence dijadualkan menjalani dua operasi pembedahan; pertama menghilangkan jisim berlebihan dan kedua membina semula alat sulitnya dan membentuknya menjadi ukuran normal.

Pakar percaya, Forence akan hidup normal, dan dapat melakukan hubungan kelamin serta mempunyai anak suatu hari nanti.

Forence berkata, “saya mahu mempunyai anak satu hari nanti. Saya bersyukur kerana Tuhan akan sembuhkan saya.”