Stesen MRT kelas pertama dirosakkan penumpang hanya selepas lima hari beroperasi

KUALA LUMPUR:  Pihak MRT kesal dan kecewa kecewa dengan sikap sesetengah penumpang yang merosakkan kemudahan kelas pertama yang disediakannya dalam gerabak dan stesennya.

Menurut Pengarah Komunikasi Strategik MyMRT, Najmuddin Abdullah, sikap sedemikian menggambarkan masyarakat kita belum bersedia dengan mentaliti kelas pertama yang akhirnya boleh menyebabkan kerugian dari segi masa dan dan wang untuk membaik pulih kemudahan berkenaan.

“Kami menyediakan kemudahan kelas pertama tetapi jika masyarakat tidak bersedia menerimanya dengan mentaliti kelas pertama, kita akan merugikan banyak duit dan masa untuk membaiki pulih kerosakan yang berlaku,” katanya dalam status Facebooknya, kelmarin.

Projek Transit Aliran Masa (MRT) dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak minggu lalu.

Namun, netizen juga kesal sikap  tidak bertanggungjawab melakukan vandalisme terhadap kemudahan yang disediakan di stesen dan gerabaknya, dengan ada yang meminta tindakan tegas diambil terhadap individu terbabit, termasuk hukuman sebat dan denda lebih berat.

“Apa yang menyedihkan saya, kemusnahan yang berlaku pada stesen kami, lima hari selepas operasi dimulakan,” katanya yang jelas menggambarkan kekesalan yang sukar dibendung.

Pihak MRT mendapati banyak kesan calar yang disengajakan pada kerusi dan dinding, selain  kerosakan dalam tandas-tandas orang kurang upaya (OKU).

Najmuddin turut hairan, bagaimana batang penyapu dan sportlight boleh berada di bumbung jalan keluar stesen Bukit Bintang.

Najmuddin, turut mengesan perbuatan  laku musnah di hentian Merdeka.

“Kemudian saya ke stesen Merdeka – satu lagi destinasi vandalisme yang popular. Rakan kerja @myrapidkl memberitahu terdapat kanak-kanak memanjat dinding Rukun Negara! Terdapat serpihan dinding tersebut di tangan saya (gambar). Tidak ada kesopanan langsung,” ujarnya. – Sarawakvoice